Utusan Borneo (Sabah)

Labuan D ungguli Winner Pools

Kejohanan Lawn Bowls Merdeka Open Triples Internatio­nal 2017

-

LABUAN: Pasukan Labuan D mengunggul­i kategori Winner Pools (Cup) di Kejohanan Lawn Bowls Merdeka Open Triples Internatio­nal 2017 yang diadakan di Gelanggang Arena Boling Padang Antarabang­sa Labuan, Tanjung Purun, pada Ahad.

Dalam perlawanan akhir kejohanan tiga hari yang berakhir pada Ahad itu menyaksika­n pasukan Labuan D menewaskan DBKL 18-13.

Labuan D yang diwakili Zul Syafiq Zamari, Mohamad Azlan Azman dan Mohamad Azwan Azman meraih hadiah wang tunai RM6,000 bersama trofi dan piala.

Manakala DBKL yang diwakili Mohamad Shamil Syazwan Ramli, Norehanwan­i Daud dan Zulkifli Yusof menerima RM4,000 dan trofi.

Pasukan Risda dan Perak A yang menduduki tempat ketiga bersama menerima RM2,000 dan trofi.

Sementara itu, bagi kategori Loser Pool (Plate), juara menjadi milik Selangor A selepas mengalahka­n Perak B 13-11.

Selangor A yang diwakili Muhammad Haiqal Azami, Putera Hafiudin Budi- man dan Muhamad Faizal Meskam menerima hadiah wang tunai RM2,000 dan trofi.

Manakala pasukan Perak B yang dibarisi Muhammad Saifudin Zulkepli, Ahmad Zikry Sazeli dan Mohammad Lokman Mohd Isa menerima RM1,000 dan trofi.

Tempat ketiga bersama kategori Loser Pool dimenangi oleh MSL Perlis dan Labuan C yang menerima hadiah RM800 dan trofi.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Haji Bashir Haji Alias menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Wilayah Persekutua­n Labuan, Hazzan Dahari, Timbalan Presiden Persatuan Boling Padang Labuan, Haji Rithuan Haji Ismail dan Naib Presiden Persatuan Boling Padang Labuan, Hassan Jinin.

Sebanyak 60 pasukan dari Sabah, Sarawak, Perlis, Perak, Selangor, Terangganu, Sarawak dan Brunei serta beberapa kelab dari seluruh negeri menyertai kejohanan tersebut.

 ??  ?? BASHIR (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemain Labuan D sambil diperhatik­an Mohd Hazan (dua kiri), Haji Rithuan (tiga dari kanan) dan Hassan (dua dari kanan) di Arena Boling Padang, Tanjung Purun, pada Ahad.
BASHIR (tiga kiri) menyampaik­an hadiah kepada pemain Labuan D sambil diperhatik­an Mohd Hazan (dua kiri), Haji Rithuan (tiga dari kanan) dan Hassan (dua dari kanan) di Arena Boling Padang, Tanjung Purun, pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia