Utusan Borneo (Sabah)

16 PREMIS DISAMAN

Gagal patuhi peraturan penjagaan kebersihan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluark­an 16 saman mahkamah terhadap premis perniagaan, termasuk restoran dan rumah sewa dalam Ops Saman Mahkamah ‘On The Spot’ (Anti Litter) di Sinsuran pada Selasa.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi DBKK Noorliza Ag Alip (gambar)

berkata pihaknya mengeluark­an saman berkenaan selepas premis terbabit ingkar untuk mematuhi peraturan menjaga kebersihan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(A), UUK6 dan UUK3(C).

“Kita melaksanak­an operasi di kawasan Sinsuran sejak Jun lalu dan memberikan notis peringatan mesra sebagai arahan menjaga kebersihan sebelum ini.

“Pemilik serta penghuni yang mendiami premis terbabit bagaimanap­un tetap melakukan kesalahan sebelum dikenakan saman secara terus mengikut Undang-Undang Kecil Anti Sampah Sarap Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya, dua saman mahkamah dikeluarka­n kepada pemilik restoran yang melakukan kesalahan menghalang laluan pejalan kaki, penggunaan lesen tamat tempoh serta penggunaan kanopi yang tidak dibenarkan.

“Selain itu, 14 saman lain diberikan kepada penghuni rumah sewa atas bangunan kedai yang dipenuhi sampah sarap di kawasan tangga, kaki lima hadapan dan belakang premis,” katanya.

Menurutnya kesemua pemilik premis yang menerima saman akan dipanggil ke mahkamah pada 20 Oktober dan jika pemilik gagal mematuhiny­a waran tangkap akan dikeluarka­n serta merta.

Katanya sebelum ini, DBKK sudah mencatatka­n sebanyak 189 kes pelbagai kesalahan membabitka­n kawasan termasuk Sembulan, Sinsuran, Bandaran Berjaya, Signal Hill, Lintas Plaza dan Luyang dengan mengenakan hukuman serta denda saman on the spot.

“156 daripada pemilik sudah disebut di mahkamah manakala 99 kes sudah dijatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW).

“Waran tangkap juga sudah dikeluarka­n terhadap 22 kes berikutan pemilik tidak hadir semasa sebutan kes di mahkamah,” katanya.

 ??  ?? NOORLIZA bersama anggota penguatkua­sa lain semasa melakukan Ops Saman Mahkamah ‘On The Spot’ di sebuah premis di Sinsuran pada Selasa.
NOORLIZA bersama anggota penguatkua­sa lain semasa melakukan Ops Saman Mahkamah ‘On The Spot’ di sebuah premis di Sinsuran pada Selasa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia