Utusan Borneo (Sabah)

Letupan musnahkan depot peluru Ukraine

Gudang tentera musnah dalam insiden kedua terbesar tahun ini, disyaki sabotaj atau cuai

-

KIEV: Kebakaran memusnahka­n sebuah depot peluru yang besar di Ukraine kelmarin, yang meletupkan bedil artileri, memaksa penutupan ruang udara dalam lingkaran 50 kilometer selain pemindahan penduduk, kata pegawai dan laporan.

Kebakaran meletus sekitar jam 10 malam waktu tempatan dekat bandar Kalynivka di wilayah tengah Vinnytsia, pemerintah tinggi angkatan tentera Ukraine menyebut dalam Facebook.

Ia merupakan insiden besar kedua yang melibatkan sebuah depot senjata di Ukraine pada tahun ini.

Sementara punca kejadian belum segera jelas, pihak berkuasa tentera sedang menyiasat kemungkina­n bagi sabotaj atau kecuaian.

Jurucakap polis Yaroslav Trakalo berkata kebakaran menyebabka­n bedil artileri di kemudahan berkenaan untuk meletup satu persatu, kata saluran berita Pravda dalam laman sesawangny­a.

Ia tidak segera jelas setakat mana tahap kerosakan akibat letupan tersebut tetapi media tempatan menggambar­kan depot terbabit sebagai antara yang terbesar di negara itu.

Pihak berkuasa tempatan berkata, mereka sudah mengarahka­n evakuasi di Kalynivka dan dua kampung berdekatan, dan pada waktu yang sama menggesa orang ramai untuk tidak panik.

“Ruang udara sudah ditutup dalam radius 50 kilometer di sekitar kawasan kebakaran,” kata Timbalan Menteri Infrastruk­tur Yuriy Lavrenyuk dalam Facebook.

Perdana Menteri Volodymyr Groysman tiba di tempat kejadian sejurus selepas tengah malam untuk menyelaras tindakan kecemasan, kata pejabatnya.

Kota Vinnytsia, pusat pentadbira­n bagi wilayah berkenaan, tidak berdepan bahaya, menurut datuk bandarnya.

Sebahagian trafik jalan dan kereta api di wilayah itu terjejas akibat letupan.

Pada Mac lalu, sekurangku­rangnya seorang individu maut apabila sebuah depot senjata meletup di bandar timur Balakliya.

Pihak berkuasa ketika itu menyalahka­n Moscow dan puak pemisah pro-Rusia yang berperang dengan tentera Ukraine di bahagian timur, dan berkata mereka sedang menimbang kemungkina­n bahawa kebakaran itu akibat bahan letupan yang digugurkan dari dron.

Vinnytsia terletak kira-kira 200kilomet­erkebaratK­iev,jauh dari kawasan di mana tentera Ukraine sudah berperang dengan pemberonta­k proRusia sejak 2014 dalam konflik yang sudah mengorbank­an lebih 10,000 orang.

Kiev dan banyak negara Barat menuduh Moscow menyokong pemberonta­k tersebut, yang dinafikan sekeras-kerasnya Rusia.

Konflik itu meletus selepas Moscow merampas semenanjun­g Crimea dekat Laut Hitam dari Ukraine pada Mac 2014, sejurus selepas pengguling­an presiden proRusia Viktor Yanukovych, ekoran protes besar-besaran di Kiev. — AFP

Kebakaran meletus sekitar jam 10 malam waktu tempatan dekat bandar Kalynivka di wilayah tengah Vinnytsia, pemerintah tinggi angkatan tentera Ukraine menyebut dalam Facebook. Ia merupakan insiden besar kedua yang melibatkan sebuah depot senjat a di Ukraine pada tahun ini.

 ??  ??
 ??  ?? ASAP tebal dan api marak dalam kebakaran depot peluru bagi sistem pelancar roket di sebuah pangkalan tentera di bandar Kalynivka di wilayah Vinnytsia, semalam. — Gambar Reuters
ASAP tebal dan api marak dalam kebakaran depot peluru bagi sistem pelancar roket di sebuah pangkalan tentera di bandar Kalynivka di wilayah Vinnytsia, semalam. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia