Utusan Borneo (Sabah)

Dua wanita warga asing dipenjara dan denda

Cari pelanggan untuk aktiviti pelacuran

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Dua wanita warga asing yang mencari pelanggan bagi maksud pelacuran, dikenakan penjara sembilan bulan dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Ksenilia Kopotilova, 18, dan Gulnara Ibragimova, 28, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun, selepas pertuduhan diterjemah­kan dalam bahasa Rusia dan mengaku bersalah.

Mereka didapati melakukan kesalahan berkenaan pada 17 September jam 5.10 petang di dalam dua bilik berasingan, di sebuah hotel, di sini.

Untuk itu, mereka disabitkan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan penjara maksimum setahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Semasa rayuan, kedua- dua tertuduh meminta maaf kerana tidak mengetahui jika perbuatan berkenaan menyalahi undang-undang di negara ini.

Ksenilia menyatakan ingin pulang dengan segera ke negara asal dan berjumpa dengan ibunya.

“Saya masih muda dan saya mengakui kesalahan yang sudah dilakukan,” katanya.

Dalam pada itu, sekiranya kedua-dua tertuduh gagal membayar denda berkenaan, penjara selama tempoh dua bulan dikenakan.

Mahkamah juga memerintah­kan wang yang dirampas diserahkan kepada Perbendaha­raan Negara.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, mereka dikenakan denda RM800 atau penjara dua bulan, selepas mengaku bersalah melanggar syarat pas.

Mereka disabitkan mengikut Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1963 yang boleh dipenjara maksimum enam bulan dan denda sehingga RM5,000, atau dengan keduaduany­a sekali.

Kedua-dua tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada hari dan di tempat yang sama.

Mengikut fakta kes, hasil maklumat mengenai aktiviti pelacuran di hotel berkenaan, pengadu dan pasukannya D7 dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Sabah bertindak membuat serbuan.

Pihak polis menaham dua wanita berusia 18 tahun dan 28 tahun dari negara Rusia, di dalam dua bilik berasingan, dan dua lelaki dipercayai sebagai pelanggan.

Hasil siasatan, kedua-dua tertuduh memasuki negara ini dengan menggunaka­n pas lawatan sosial dan menyalahgu­nakan pas berkenaan untuk mencari pelanggan bagi maksud pelacuran.

Selesai menjalani hukuman itu, mahkamah memerintah­kan mereka dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Mereka didapati melakukan kesalahan berkenaan pada 17 September jam 5.10 petang di dalam dua bilik berasingan, di sebuah hotel, di sini.

 ??  ?? GULNARA (kanan) dan Ksenilia (kiri) menutup wajah mereka di luar kamar mahkamah.
GULNARA (kanan) dan Ksenilia (kiri) menutup wajah mereka di luar kamar mahkamah.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia