Utusan Borneo (Sabah)

Penjara sembilan bulan akibat curi kabel elektrik

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 31 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu kerana terlibat kegiatan mencuri.

Majistret Suhailla Selag turut memerintah­kanJodinMa­jaununtuk dirujuk ke Jabatan Imigresen selepas selesai menjalani hukuman.

Berdasarka­n fakta kes, tertuduh didakwa mencuri kabel milik Sabah Electricit­y Sdn Bhd (SESB) di kawasan Seguntor, Jalan Bambangan dekat sini kira-kira jam 10 pagi pada 20 September lepas.

Dia mengaku melakukan perbuatan itu bersama dua lagi rakan sejenayah yang masih bebas.

Dalam kejadian itu, tertuduh telah ditangkap oleh anggota polis bantuan SESB dan kemudian diserahkan kepada anggota polis sebelum dibawa ke Balai Polis Sandakan untuk tindakan selanjutny­a.

Siasatan lanjut mendapati tertuduh bersama dua lagi rakannya telah memotong kabel milik SESB sebelum tertuduh menarik kabel itu ke dalam sungai.

Atas kesalahan itu, Jodin didakwa mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan yang memperuntu­k hukuman penjara sehingga tempoh dua tahun atau dengan denda atau dengan keuda-duanya.

Di Seremban, seorang anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Negeri Sembilan dihukum penjara 14 hari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah Seremban pada Rabu, atas pertuduhan menerima wang suapan bernilai RM1,000 pada 15 Julai 2013.

Tertuduh, Md Zamri Atan@ Mohd Salleh, 36, yang beralamat di Taman Tuanku Jaafar Senawang, membuat pengakuan bersalah selepasker­taspertudu­handibacak­an jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Fathiyah Idris.

Fathiyah turut memerintah­kan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Mengikut kertas pertuduhan, Md Zamri sebagai Ketua Pemeriksa Kereta Motor di Jabatan Pengangkut­an Jalan Malaysia, Negeri Sembilan, didakwa telah secara rasuah memperoleh untuk dirinya wang tunai RM1,000 daripada Ng Ken Hing.

Ia sebagai upah untuk mempercepa­tkan dan mendapatka­n Laporan Pemeriksaa­n Kenderaan bagi kenderaan Perodua MyVi, no pendaftara­n WWL 3037.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Bahagian Kejurutera­an Automotif, JPJ Negeri Sembilan, kira-kira jam 11 pagi pada 15 Julai 2013, iaitu kesalahan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 Akta yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia