Utusan Borneo (Sabah)

Kad pengenalan palsu: Dua beradik kena 34 bulan

-

KOTA KINABALU: Dua beradik warga asing dikenakan penjara 34 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas kesalahan menggunaka­n kad pengenalan palsu.

Hassan Mujiril, 30, dan Amir Mu j iri l ,29, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun, selepas mereka mengaku bersalah.

Mereka didapati melakukan kesalahan berkenaan pada 16 September di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu, di sini.

Kedua-dua tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 25(1)( e) Peraturan Peraturan Pendaftara­n Negara 1990, penjara maksimum tiga tahun atau denda antara RM3,000 hingga RM20,000 atau dengan kedua-duanya.

Semasa disoal mahkamah mengenai cara mereka mendapatka­n kad pengenalan terbabit, keduadua tertuduh menyatakan memperoleh­inya daripada ejen.

Ketika rayuan, mereka yang tidak diwakili peguam memohon hukuman mereka diringanka­n dan segera dihantar ke negara asal.

Dalam pada itu, Jessica juga memerintah­kan barang kes dilupuskan oleh pihak Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

Pegawai Pendakwa Insp Rasydan Jasni melakukan pendakwaan berkenaan.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen, mereka juga dikenakan penjara dan sebat selepas mengaku bersalah memasuki negara ini tanpa permit yang sah dan menggunaka­n kad IMM13 palsu.

Untuk kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan memasuki negara ini secara haram, mereka dikenakan penjara enam bulan dan satu sebat.

Manakala untuk kesalahan mengikut Seksyen 56 (1) (I) akta sama, mereka dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan.

Hakim Azreena Aziz memerintah­kan kedua-dua tertuduh menjalani semua hukuman berkenaan secara serentak.

Setelah tamat tempoh penjara, mereka diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a dan dihantar pulang ke negara asal.

Pegawai Pendakwa Insp Lim Swee Beng bertindak untuk pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia