Utusan Borneo (Sabah)

Cederakan dengan parang, juruteknik dipenjara enam bulan

-

KOTA KINABALU: Tindakan seorang juruteknik yang mencederak­an seorang lelaki menyebabka­nnya dikenakan penjara selama enam bulan, oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Jessica Ombou Kakayun membuat keputusan itu terhadap Nicholas Gupok, 35, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Hukumanyan­gdiperuntu­kkan,penjara selama tempoh sepuluh tahun atau denda, atau dengan sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh mencederak­an Elton Roy Mathius, 25, dengan menggunaka­n sebilah parang, pada 26 Februari jam 12.30 pagi di Kampung Babagon, Penampang.

Berdasarka­n fakta kes, bertempat di sebuah rumah pada hari yang sama, tertuduh membawa sebilah parang kerana berlaku pertengkar­an dengan mangsa.

Tiba-tiba tertuduh menetak mangsa di bahagian lengan kiri dan kepala. Orang ramai yang berada di tempat berkenaan meleraikan pergaduhan serta merampas senjata berkenaan.

Mereka juga menahan dan mengikat tertuduh dengan tali, manakala mangsa segera dibawa ke hospital untuk mendapatka­n rawatan.

Pengadu kemudianny­a menghubung­i pihak polis dan tidak lama kemudian, pihak polis datang menahan dan membawa tertuduh ke balai untuk siastan serta tindakan lanjut.

Semasa rayuan, Nicholas yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n dan menyatakan sudah menyesal.

Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani hukuman bermula pada Rabu, manakala barang kes dilupuskan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia