Utusan Borneo (Sabah)

RM5.4 juta, 49 projek tahun lalu

UMS utamakan kemudahan penyelidik­an terbaik ahli akademik

-

KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan sentiasa mengutamak­an penyediaan kemudahan penyelidik­an terbaik kepada ahli akademikny­a.

Naib Canselor UMS Prof Dr D Kamarudin D Mudin berkata usaha itu adalah untuk menyuburka­n budaya dan meningkatk­an kecemerlan­gan penyelidik­an serta inovasi selaras dengan Bidang Keberhasil­an Utama Kedua (UMS-KRA2) Pelan Strategik UMS 2018-2020.

Katanya dalam konteks sebuah negara yang beraspiras­i menjadineg­aramaju,universiti bukan sahaja berperanan menghasilk­an modal insan yang berkualiti tetapi sebagai platform menghasilk­an ilmu baharu untuk harta intelek yang bermutu tinggi melalui penyelidik­an dan inovasi.

“Pada tahun ini, selaras dengan lonjakan tujuh Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia 20152025 (Pendidikan Tinggi) iaitu ekosistem inovasi, naratif sektor penyelidik­an perlu berganjak daripada pembudayaa­n penyelidik­an kepada penyelidik­an yang boleh memberi manfaat terus kepada masyarakat.

“Ia adalah bagaimana penyelidik dapat menterjema­h sesuatu penyelesai­an isu nasional atau antarabang­sa demi manfaat industri, akademi, kerajaan dan paling penting sekali adalah masyarakat yang mana dikenali sebagai Penyelidik­an Translasio­nal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Anugerah Penyelidik UMS (Apums) 2016 di sini pada Rabu.

Kamarudin berkata dalam bidang penyelidik­an 2016, UMS menerima sebanyak RM5.4 juta bagi membiayai 49 projek penyelidik­an baharu yang diperoleh daripada agensi kerajaan sebanyak RM3.6 juta, pihak swasta RM558,000 dan institusi antarabang­sa RM1.2 juta.

“Menyedari betapa pentingnya perlindung­an harta intelek bagi setiap produk yang dihasilkan melalui penyelidik­an, UMS merekodkan sebanyak 15 produk telah dilindungi merangkumi pemfailan patenkeban­gsaan (empat produk), utiliti inovasi (satu produk), cap dagangan (tujuh produk) dan hak cipta (tiga produk).

“Dari segi pengkomers­ilan sepanjang 2016, UMS juga berjaya mengkomers­ilkan tiga teknologi iaitu Laterally Aerated Moving Bed (LAMB) Biomass Dryer, Garoupa-Satu dan Garoupa-Dua.

“Selain itu, pada tahun yang sama, UMS berjaya memenangi sebanyak tujuh pingat emas di peringkat kebangsaan serta antarabang­sa bagi projek penyelidik­an dan inovasi, tiga anugerah khas dalam Itex 2016, BIOMalaysi­a 2016 dan SIIF 2016.

“Ia menunjukka­n bahawa kemampuan penyelidik­penyelidik kita ini terbukti untuk menghasil penyelidik­an berkualiti tinggi seterusnya diiktiraf di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Dalam pada itu, di sebalik penghasila­n penyelidik­an yang berkualiti tinggi, UMS telahpun mempunyai bangunan makmal bersepadu yang menempatka­n peralatan yang berteknolo­gi tinggi serta sederhana untuk digunakan oleh pelajar, pensyarah dan penyelidik.

“Makmal ini juga menawarkan perkhidmat­an analisis dan ujian sampel kepada agensi kerajaan dan swasta yang mana dengan harapan ia dapat melonjakka­n lagi aktiviti penyelidik­an di UMS dan meningkatk­an lagi kerjasama antara UMS serta pihak industri,” katanya.

Sementara itu, Kamarudin berkata majlis Apums 2016 itu bertujuan menggalakk­an penyelidik menghasilk­an lebih banyak produk penyelidik­an berkualiti yang boleh dikomersil­kan serta mendorong penyelidik ke arah kecemerlan­gan penyelidik­an dan inovasi.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UMS Prof Dr Shahril Yusof.

“Menyedari betapa pentingnya perlindung­an harta intelek bagi setiap produk yang dihasilkan melalui penyelidik­an, UMS merekodkan sebanyak 15 produk telah dilindungi merangkumi pemfailan patenkeban­gsaan (empat produk), utiliti inovasi (satu produk), cap dagangan (tujuh produk) ” dan hak cipta (tiga produk).

PROF DR D KAMARUDIN D MUDIN Naib Canselor UMS

 ??  ?? KAMARUDIN (tiga kanan) menyampaik­an Anugerah Penyelidik Cemerlang kepada salah seorang penerima.
KAMARUDIN (tiga kanan) menyampaik­an Anugerah Penyelidik Cemerlang kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia