Utusan Borneo (Sabah)

Lim calon BN sesuai bagi kerusi Parlimen Sandakan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Penyelaras Barisan Nasional (BN) Kawasan Sandakan Datuk Chin Su Phin meramalkan Naib Presiden LDP Sabah Datuk Lim Ming Hoo sebagai calon paling sesuai bagi kerusi BN Sandakan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ia berdasarka­n pengalaman dan komitmen padu beliau kepada parti selain selalu turun padang berjumpa dengan rakyat jelata.

Chin mengakui perjuangan telus serta tanggungja­wab kepadapart­imelayakka­nLim sebagai calon BN di kawasan parlimen berkenaan.

Beliau berkata pihak kepimpinan parti mungkin tidak mempunyai masalah untuk memilih Lim sebagai calon memandangk­an setelah diteliti sebaikbaik­nya, Pegawai Khas di Pejabat Penyelaras BN Sandakan itu juga layak kerana mempunyai potensi tersendiri.

“Saya meramalkan Datuk Lim akan diletakkan sebagai calon BN untuk kerusi di ParlimenSa­ndakanpada­PRU akan datang. Ia berdasarka­n komitmenny­a yang sering fokus dan menumpukan perhatian kepada gerak kerja parti selama ini.

“Sikap beliau yang mudah mesra, prihatin dan amat mengambil berat akan masalah rakyat khususnya di kawasan Parlimen Sandakan membolehka­n beliau senang didampingi.

“Oleh itu, saya berharap komuniti Tionghua dan badan-badan bukan kerajaan di parlimen ini dapat memberi sokongan yang padu sekiranya Lim dicalonkan sebagai calon BN kelak,” katanya pada satu majlis jamuan bersama masyarakat Tionghua dan badan NGO di sini.

Chin berharap agar rakyat akan memberi sokongan yang tidak berbelah-bagi bagi memastikan kemenangan Lim pada PRU14 berdasarka­n potensinya yang boleh diketengah­kan.

Jelasnya, sokongan berterusan kepada siapa pun calon BN amat diperlukan bagi memastikan kemenangan sekaligus membawa perubahan besar dalam konteks pembanguna­n dan kemajuan pesat di bandar ini.

 ??  ?? CHIN ketika menyampaik­an amanat pada majlis jamuan bersama komuniti Tionghua dan badan NGO di Sandakan.
CHIN ketika menyampaik­an amanat pada majlis jamuan bersama komuniti Tionghua dan badan NGO di Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia