Utusan Borneo (Sabah)

Golongan muda daftar mengundi masih rendah

-

PUTRAJAYA: Kesedaran dalam kalangan golongan muda berusia 21 hingga 39 tahun untuk mendaftar sebagai pengundi masih rendah jika dibandingk­an dengan kumpulan umur lain, kata Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau berkata daripada 30,000 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang didekati SPR dalam Program Pendidikan Pengundi sejak Februari lepas, hanya 2,700 orang atau kurang daripada 10 peratus mendaftar sebagai pengundi.

Katanya isu itu terus membelengg­u SPR walaupun pelbagai kempen kesedaran termasuk pendekatan turun padang dijalankan pihaknya supaya golongan itu menggunaka­n hak mereka sebagai warganegar­a untuk mengundi.

“Pelbagai alasan mereka, ada yang kata tidak tahu tempat mendaftar, tidak mahu terlibat dalam politik kerana beranggapa­n daftar mengundi sebagai terlibat dalam politik dan ada juga berkata satu undi tidak membawa makna.

“Terdapat sebuah universiti ada 5,000 pelajar berumur 21 tahun dan yang mendaftar (sebagai pengundi) 2,000 orang sahaja,” katanya selepas melancarka­n aplikasi semakan status daftar pemilih MySPR Semak dan sambutan ke-60 SPR, di sini pada Rabu.

Selain itu, Mohd Hashim berkata kaedah terbaik juga harusdicar­ibagimembo­lehkan pelajar IPT yang telah mendaftar sebagai pengundi untuk pulang mengundi di kawasan pilihan raya masingmasi­ng.

“Ini yang kita perlu bincang dengan pihak IPT untuk mereka balik mengundi kerana jika kita bersungguh­sungguh meminta mereka mendaftar, tetapi tidak bermakna jika mereka tidak keluar mengundi,” katanya.

Mengenai aplikasi itu, Mohd Hashim berkata ia adalah inisiatif SPR bagi memudahkan semakan status pendaftara­n pemilih dan tempat mengundi bagi pilihan raya umum (PRU), pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK).

Di samping itu, warganegar­a Malaysiaju­gabolehmen­yemak status calon yang bertanding mengikut bahagian pilihan raya yang dipertandi­ngkan dan menyemak keputusan PRU dan PRN.

MySPR Semak boleh dimuat turun melalui Play Store dan App Store bermula Rabu.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia