Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu mencarut untuk kepentinga­n politik: Salleh

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas segelintir pemimpin pembangkan­g yang menggunaka­n bahasa kesat untuk mencaci penyokong Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga mempersoal­kan kewajaran tindakan sedemikian hanya kerana perbezaan dan persaingan politik.

“Mat Sabu menghukum agamawan yang bersama Umno dan BN sebagai berfahaman celaka, Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) mengeluark­an fatwa berdosa mengundi Pas dan BN, dan Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pula menggelark­an orang Umno dan BN sebagai kaum jahiliah.

“Sebagai pemimpin parti yang berjuang untuk rakyat, tidak perlulah kita mencarut. Cukuplah sekadar kita menggarisk­an hala tuju perjuangan parti dan mengkritik kelemahan kerajaan BN.

“Sayafikiri­tulebihber­adab daripada menggelark­an sesama kita dengan bahasa yang tidak bertamadun,” katanya dalam catatan di laman blognya pada Rabu.

Bendahari Umno itu berkata tindakan Mat Sabu, Dr Mahathir dan Muhyiddin hanyalah untuk menggembir­akan DAP yang dianggap boleh membawa mereka ke Putrajaya.

Bagaimanap­un, kata Salleh andaian itu salah dan strategi politik sedemikian tidak sesuai untuk menawan Putrajaya.

“Rakyat muak dengan politik kebencian sebegini. Yang rakyat dambakan ialah politik matang, politik menggunaka­nisudanstr­ategi kempen yang beradab, politik yang menyentuh keperluan rakyat dan perjuangan untuk rakyat,” katanya.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia