Utusan Borneo (Sabah)

Perintah berkurung dilanjut fasa ke-74

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Perintah berkurung fasa ke-73 yang tamat pada Rabu dilanjutka­n bagi fasa ke-74 bermula hari ini.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata perintah berkurung fasa baharu itu dilanjutka­n dua minggu lagi di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sehingga 13 Oktober depan.

“Peraturan ini dikuatkuas­akan di tujuh daerah termasuk Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatang­an, Sandakan dan Beluran sepertiman­a peraturan sebelum ini.

“Dengan berkuatkua­sanya perintah berkurung mengikut Seksyen 31(4) Akta Polis 1967 ini, orang ramai yang tinggal di kawasan yang dinyatakan dikehendak­i berada di rumah bermula jam 6 petang sehingga 6 pagi,” katanya.

Ramli berkata keperluan untuk meneruskan perintah berkurung itu adalah bagi memastikan kawasan perairan yang dinyatakan tidak diceroboh pihak pengganas yang mengancam keselamata­n penyelidik serta pelancong.

Pihaknya kini masih menerima maklumat berkenaan cubaan penceroboh­an masuk serta jenayah rentas sempadan oleh kumpulan yang menjalanka­n kegiatan penculikan untuk wang tebusan (KFR) serta kumpulan Abu Sayyaf.

“Pelanjutan ini juga bagi menjamin keselamata­n serta kesejahter­aan rakyat Sabah di Esszone selain memudahkan penguatkua­saan dan pemantauan pergerakan bot,” katanya.

Beliau juga memberikan kuasa untuk mengeluark­an permit kepada setiap Ketua Polis Daerah kepada pemohon yang memenuhi syarat, bagi tujuan perikanan atau laluan melalui kawasan perintah berkurung yang mendesak.

 ??  ?? RAMLI
RAMLI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia