Utusan Borneo (Sabah)

Cari pendekatan terbaik

Tangani ancaman terhadap pelantar minyak di Sabah

-

Sekarang, perlu ada pendekatan baharu kerana untuk aset APMM berada setiap masa di kawasan pelantar minyak akan melibatkan kos yang tinggi.

DATUK RODZI MD SAAD

Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Sabah

KOTA KINABALU: Kumpulan Kerja Keselamata­n Negeri (KKKN) Sabah akan mencari pendekatan terbaik bersama operator pelantar minyak di negeri ini bagi menangani kegiatan nelayan di sekitar pelantar, khususnya aktiviti pengeboman ikan di dasar laut.

Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Sabah Datuk Rodzi Md Saad berkata kerjasama secara Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu akan melihat aspek perundanga­n dan prosedur operasi standard (SOP) dalam memantau kegiatan di sekitar pelantar minyak. “KKKN yang dipengerus­ikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman telah mengambil maklum mengenaima­salahini(kegiatan nelayan) dan mendapati trend penceroboh­an nelayan di (sekitar) pelantar minyak semakin meningkat.

“Kami (anggota KKKN) telah melihat operasi pelantar minyak di pantai barat Sabah dan akan mengadakan perbincang­an secara terperinci bagi mencari pendekatan untuk meminimumk­an ancaman keselamata­n dan kerugian yang ditanggung operator pelantar minyak berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi pelantar minyak Saint Joseph dan South Furious dekat Pulau Mantanani kira-kira 45km dari sini.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Mohd Zubil Mat Som berkata nelayan hanya boleh menangkap ikan 500 meter dari pelantar minyak agar tidak mengganggu operasi cari gali minyak yang boleh mendatangk­an bahaya kepada nelayan dan petugas di pelantar berkenaan.

Menurutnya, sejak awal tahun ini, sebanyak 773 kes pelbagai kesalahan dilaporkan berkaitan kegiatan nelayan secara haram berdekatan 17 pelantar minyak di negeri ini, termasukak­tivitipeng­eboman ikan yang dikhuatiri merosakkan terumbu karang di laut, sekali gus menjejaska­n industri pelanconga­n di negeri ini.

“Rondaan di kawasan pelantar minyak ternyata tidak begitu efektif kerana nelayan ini akan beralih pada kedudukan lebih 500 meter dari pelantar minyak apabila menyedari kehadiran kami (APMM).

“Sekarang, perlu ada pendekatan baharu kerana untuk aset APMM berada setiapmasa­dikawasanp­elantar minyak akan melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Mohd Zubil juga berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengenal pasti pembekal peletus bom ikan kerana dipercayai diseludup dari negara jiran. - Bernama

 ?? Gambar BERNAMA ?? RODZI (kanan) bersama Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Matsom (kiri) serta rombongan daripada Ahli Kumpulan Kerja Keselamata­n Negeri (KKKN) yang berada di atas kapal KM Arau melihat peta lokasi pelantar minyak St. Joseph ketika meninjau pelantar minyak St. Joseph, yang terletak 42 batu nautika dari Kota Kinabalu, Rabu. -
Gambar BERNAMA RODZI (kanan) bersama Laksamana Muda Maritim Mohd Zubil Matsom (kiri) serta rombongan daripada Ahli Kumpulan Kerja Keselamata­n Negeri (KKKN) yang berada di atas kapal KM Arau melihat peta lokasi pelantar minyak St. Joseph ketika meninjau pelantar minyak St. Joseph, yang terletak 42 batu nautika dari Kota Kinabalu, Rabu. -
 ??  ?? PELANTAR minyak St. Joseph yang terletak 42 batu nautika dari Kota Kinabalu.
PELANTAR minyak St. Joseph yang terletak 42 batu nautika dari Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia