Utusan Borneo (Sabah)

Lima pemain, pengendali judi ‘wah hui’ dan loteri haram ditahan

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Lima individu termasuk dua wanita ditahan sepasukan polis dalam beberapa siri serbuan di sini selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan perjudian ‘wah hui’ dan loteri awam tidak berlesen.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata kesemua suspekdita­hansepasuk­anpolis daripada Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dalam empat siri Operasi Khas Pembantera­san Elemen Perjudian di daerah ini.

Katanya operasi kira-kira tiga jam terbabit dijalankan di pusat bandar, Manggatal, Inanam serta kawasan sekitarnya pada Selasa.

“Sebaik Ops Dadu dijalankan bermula jam 3 petang, anggota kita berjaya menahan empat suspek termasuk dua wanita yang berumur 18 hingga 41 tahun dalam tiga serbuan berasingan di Pekan Inanam dan Manggatal.

“Kira-kira 25 minit kemudian seorang lagi suspek lelaki berumur 27 tahun berjaya ditahan di sebuah premis di Kampung Air hasil daripada maklumat orang

seorang suspek yang diperiksa oleh pegawai polis semasa Ops Dadu di kawasan Inanam.

awam,” katanya.

Pihaknya turut merampas wang tunai sebanyak RM2,546, tujuh telefon bimbit pelbagai jenama, dua mesin pencetak, tiga komputer mini, 18 kertas bertulis angka pertaruhan loteri haram dan teka teki judi wah hui.

“Kesemua tangkapan termasuk seorang suspek lelaki warga Filipina akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Chandra turut mengingatk­an orang ramai agar tidak terbabit dalam kegiatan perjudian haram dan mengalu-alukan masyarakat agar menyalurka­n maklumat sekiranyam­engetahuik­egiatan perjudian haram di kawasan masing-masing.

 ??  ?? SALAH
SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia