Utusan Borneo (Sabah)

ICU baik pulih rumah rakyat

-

KOTA KINABALU: Seorang pengawal keselamata­n Azrin Jaman, 38, dari Kampung Rampayan Laut, Menggatal begitu gembira apabila rumahnya dibaik pulih oleh Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Beliau adalah antara dua keluarga di kampung itu yang menerima bantuan ICU.

Programbai­kpulihruma­hnya dilaksanak­an secara bergotongr­oyong dengan kos pembelian barang dan kemudahan untuk kerja baik pulih disalurkan oleh ICU.

Selain dibaik pulih dengan menggantik­an papan lantai dan dinding yang reput serta atap zink yang bocor, rumahnya juga turut dicat.

“Saya bersyukur dan berterima kasih atas bantuan ini. Dulu rumah saya kecil, tapi sekarang selesa sudah. Semuanya sudah ditukar termasuk tingkap kaca.

“Dulu di situlah bilik tamu, di situlah tempat makan, kami tidur pun bersesak-sesak anak beranak,” kata bapa lima orang anak ini kepada Bernama.

Azrin berharap program ICU berkenaan dapat diteruskan untuk membantu dan meringanka­n beban rakyat kurang berkemampu­an.

Ketua Pengarah ICU, Tan Sri Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof berkata program di bawah tanggungja­wab sosial koporat mereka itu setakat ini telah memilih kira-kira 1,050 buah rumah di seluruh negara untuk menerima bantuan dengan melibatkan kos kirakira RM10 juta, yang 50 peratus daripada rumah itu telah siap dibina.

“Di Sabah sahaja sekurangku­rangnya 500 buah rumah akan diperbaiki. Kaedah yang kita lakukan ialah kita beli barang untuk pembinaan tumah dan kerja baik pulih rumah dibuat secara gotong-royong. Kerja-kerja biasanya siap dalam tempoh tiga hingga lima hari,” katanya dan menambah peruntukan maksimum bagi nilai barang membaiki rumah ialah RM10,000 untuk setiap rumah bergantung kepada keadaan dan keperluan rumah.

Beliau gembira kerana ICU dapat membantu merealisas­ikan hasrat kerajaan menyediaka­n rumah untuk rakyat. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia