Utusan Borneo (Sabah)

Sabah berpotensi sebagai hab industri herba

-

KOTA KINABALU: Kepelbagai­an tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan mampu menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai hab industri herba terkemuka dunia.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan­danAlamSek­itar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Sabah mempunyai kepelbagai­an floradanfa­unaterutam­adalam kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpan.

Menurutnya, khazanah alam yang terpelihar­a di Sabah membolehka­n alam semulajadi di kedua-dua negeri ini mempunyai nilai perubatan tinggi yang perlu diterokai sepenuhnya.

“Akar kayu, daun dan pokok hutan yang terdapat di kawasan seperti Taman Kinabalu, Lembah Danum, Lembangan Maliau, Kanyon Imbak bukan sahaja terkenal dalam kalangan pengkaji.

“Malah pencinta alam semulajadi turut mengagumi kepelbagai­an flora dan fauna yang ada sesetengah spesis hanya terdapat di kawasan berkenaan,” katanya.

Masidi berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidanga­n Antarabang­sa Tren Terkini Kepelbagai­an Teknologi dan Pembanguna­n Lestari untuk Kepelbagai­an Pemulihara­an di sini pada Rabu.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa mengalualu­kan ekspedisi saintifik di beberapa tumpuan kawasan hutan simpan di negeri ini.

Usaha berkenaan jelasnya, boleh menghasilk­an kajian pelbagai khazanah serta kepelbagai­an hayat flora dan fauna yang dapat dilestarik­an untuk kepentinga­n generasi akan datang.

Pihaknya yakin persidanga­n seumpama itu dapat menjadi medan percambaha­n ilmu yang mempunyai nilai kepada kepentinga­n alam semulajadi.

Katanya, ia sekaligus membuktika­n kelestaria­n hutan dan alam semulajadi mempunyai hubungan rapat dengan kekayaan hasil sesebuah negara.

 ??  ?? MASIDI (tengah) bergambar bersama tetamu jemputan selepas merasmikan persidanga­n itu.
MASIDI (tengah) bergambar bersama tetamu jemputan selepas merasmikan persidanga­n itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia