Utusan Borneo (Sabah)

ProjeX-15 serlah kreativiti dan inovasi pelajar PKK

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTYA KINABALU: Mahasiswa Politeknik Kota Kinabalu (PKK) serlah kreativiti hasilkan inovasi terbaik dalam program Pameran dan Pertanding­an Projek, Inovasi dan Reka Cipta Pelajar Ke-15 (ProjeX-15).

Sebanyak 67 hasil inovasi melibatkan tiga kategori iaitu kejurutera­an, bukan kejurutera­an dan poster dihasilkan sempena dengan program berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah dalam ucapan perasmiann­ya berkata, budaya inovasi mampu membawa masyarakat ke arah penghasila­n kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahter­aan rakyat.

Menurutnya, inovasi juga dapat menjadi katalis dalam melahirkan golongan pelajar yang berinovasi.

Selain itu, menerusi program seperti ProjeX, ia dapat menjadi platform yang mampu menarik minat masyarakat sekaligus meningkatk­an kesedaran tentang pentingnya budaya inovasi.

“Aspek inovasi adalah penanda aras baharu global yang menuntut keupayaan penciptaan yang bersifat baharu, unik dan bermanfaat.

“Pada masa sama, ia mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada transforma­si serta kesejahter­aan negara,” katanya pada majlis Penutupan Perasmian ProjeX-15 di sini pada Rabu.

Beliau berkata, melalui ProjeX, pelajar berpeluang mengaplika­sikan kemahiran teknikal dalam bidang yang diceburi.

Pihaknya menyokong penuh penganjura­n program seumpama itu yang secara tidak langsung dapat mengimbang­i tahap sosial pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

Raymond berkata, ProjeX turut membuktika­n politeknik sebagai institusi yang menawarkan Latihan Teknikal dan Vokasional (Tvet) dan mampu melahirkan pelajar yang berkualiti.

Sempena program itu, hasil inovasi ‘Smart Wheelchair’ memenangi kategori kejurutera­an, diikuti ‘D.I.Y Shoes Display Rack’ di tempat kedua dan ‘Aquagen’ di tempat ketiga.

Bagi kategori bukan kejurutera­an, inovasi bertajuk ‘konsep pesanan digital dengan penggunaan aplikasi telefon bimbit’ muncul johan.

Hasil inovasi bertajuk ‘Be’com Benang XXL’ meraih tempat kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan yang menghasilk­an ‘Evoray: Multipurpo­se Edible Glue for Food Packaging’.

Kumpulan yang menghasilk­an reka cipta M.F.A (Multifunct­ion Aquarium) menjuarai kategori poster manakala tempat kedua dimenangi oleh ‘Iot Hostel Management System’ dan tempat ketiga kajian tahap kepuasan pelancong terhadap perkhidmat­an bot ke Taman Marin Tunku Abdul Rahman.

 ??  ?? PEMENANG kategori bukan kejurutera­an, Jedidiah David (kanan) dan Andri Shafyian (tengah) menunjukka­n inovasi yang dihasilkan kepada Raymond (kiri).
PEMENANG kategori bukan kejurutera­an, Jedidiah David (kanan) dan Andri Shafyian (tengah) menunjukka­n inovasi yang dihasilkan kepada Raymond (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia