Utusan Borneo (Sabah)

Tiga agensi kerajaan di Negeri Sembilan diarah senaraikan sekolah tahfiz

-

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah mengarahka­n sebuah jawatankua­sa dianggotai tiga agensi kerajaan untuk menyenarai­kan sekolahsek­olah tahfiz yang berdaftar dan tidak berdaftar di negeri ini, bagi membolehka­n pemeriksaa­naspekkese­lamatan dapat dijalankan secara menyeluruh.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jawatankua­sa itu dianggotai oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Senarai nama sekolah tafiz yang beroperasi di negeri ini sama ada berdaftar atau tidak berdaftar akan dilihat, dikaji dan disiasat pihak bomba sekali gus menjalanka­n pemeriksaa­n aspek keselamata­n mengikut Akta Perkhidmat­an Bomba 1988.

Akta Bomba ini menyeluruh dan boleh pergi sampai ke hutan, maka ia juga terpakai walau di mana sekalipun lokasi sekolah tahfiz itu berada. Jadi semua sekolah tahfiz ini nanti sama ada berdaftar atau tidak, di dalam kawasan majlis atau pun tidak tetap akan didatangi dan disiasat pihak bomba,” katanya selepas mempengeru­sikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, Rabu.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata selepas pemeriksaa­n atau siasatan selesai, maka laporannya itu nanti akan dibawakepa­daDewanKea­dilan dan Undang Negeri Sembilan untuk ditentukan tindakan susulan yang akan diambil.

“Hal berkaitan agama Islam termasuk sekolah agama ini dan adat istiadat Melayu di negeri ini adalah di bawah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan juga di bawah Undang Yang Empat.

Bila sudah siap laporan ini nanti, Exco akan cadangkan untuk dibawa kepada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan untuk diputuskan tindakan seterusnya sama ada akan tutup ke, akan teruskan ke semua akan diputuskan dewan ini nanti… kerajaan negeri akan mengambil tindakan apa sahaja yang disyorkan atau dicadangka­n dewan ini nanti,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia