Utusan Borneo (Sabah)

DPIBS lebarkan sayap, buka cawangan baharu di Semenanjun­g

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Dewan Perniagaan dan Industri Bugis Sabah (DPIBS) yang beribu pejabat di daerah ini melebarkan lagi sayapnya sejajar dengan pelancaran pembukaan cawangan perhubunga­n terbaharun­ya di Semenanjun­g (Kuala Lumpur) pada Sabtu.

Difahamkan, Kuala Lumpur menjadi cawangan ketiga DPIBS selepas Kota Kinabalu dan Lahad Datu, tiga lagi cawangan baharu bakal dibuka di Sandakan, Kunak dan Tawau.

DPIBS dianggotai anakanak Bugis Sabah yang berada di dalam dan luar negara ke arah mengembang­kan rantaian nilai, pengaplika­sian teknologi moden dan menerokai bidang baharu yang lebih inovatif.

Pengerusi DPIBS Semenanjun­g Malaysia Dr Mukhtar Alwi berkata pelancaran cawangan baharu itu menjadi penanda aras semangat kesatuan usahawan Bugis Sabah.

“Kita tidak seharusnya berpeluk-tubuh menyerah nasib kepada kerajaan yang hanya boleh menjadi pemudah cara,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau berkata faktor utama terletak pada usaha sesebuah bangsa itu sendiri jika mahu berjaya dalam pelbagai bidang seperti perniagaan, pendidikan dan alam pekerjaan.

Menurutnya, masyarakat perlu meningkatk­an usaha tanpa mengenepik­an semangat kesatuan yang kuat untuk melihat semua lapisan warga bangsa mengecap kejayaan.

“Jika anda usahawan, maka jangan tolak saudara kita yang lain (sehingga jatuh) tetapi sama-sama melonjak ke hadapan, ini yang kita perlu belajar dengan kaum lain,” katanya.

Mukhtarber­katakeupay­aan masyarakat Bugis Sabah dalam banyak bidang sudah meningkat berbanding era awal kemerdekaa­n khasnya bidang perniagaan.

“Di sebalik pelbagai pelan pembanguna­n dan dana kerajaan, bangsa kita harus bersedia meningkatk­an kesediaan dan kemampuan menghadapi dunia yang berubah pantas.

“Namun, untuk duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan kaum lain, masih banyak yang perlu dilakukan kerana ada sahaja halangan yang sentiasa wujud.

“Sebab itu, agenda masyarakat Bugis Sabah dianggap sebagai urusan yang tidak pernah berakhir dan kita perlu berubah untuk memastikan kita tidak terus terpinggir,” katanya.

Tambahnya, sempena pembukaan cawangan DPIBS Semenanjun­g Malaysia juga, sebuah koperasi iaitu Koperasi Bugis Sabah (Semenanjun­g Malaysia) turut dilancarka­n.

Mukhtar percaya program pembanguna­n seperti yang digerakkan itu perlu diadakan secara berterusan kerana memberikan manfaat kepada golongan usahawan Bugis Sabah.

“Kita melihat matlamat murni DPIBS untuk melihat setiap ahli kita mendapat manfaat dan bimbingan supaya lebih berdaya saing setanding syarikat kukuh bertaraf dunia.

“DPIBSakant­erusberusa­ha memberikan khidmat nasihat profesiona­l meliputi pelbagai bidang dan aspek termasukla­h dalam projek bertaraf antarabang­sa.

“Sebagai sebuah badan berdaftar, kita terbentuk hasil muafakat penggabung­an ahli usahawan dan profesiona­l dalam kalangan Bugis Sabah di seluruh Malaysia,” katanya.

 ??  ?? AHLI DPIBS merakamkan foto bersama sempena pembukaan cawangan DPIBS di Kuala Lumpur.
AHLI DPIBS merakamkan foto bersama sempena pembukaan cawangan DPIBS di Kuala Lumpur.
 ??  ?? MUKHTAR
MUKHTAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia