Utusan Borneo (Sabah)

MyCARE sasar RM350,000 kutipan tabung kecemasan Rohingya Cox’s Bazar, Bangladesh

-

KUALA LUMPUR: Humanitari­an Care Malaysia (MyCARE) menyasarka­n kutipan sebanyak RM350,000 untuk mengisi ‘Tabung Kecemasan Rohingya’ bagi membantu pelarian etnik itu yang berada di Cox’s Bazar, Bangladesh.

Pengerusi MyCARE Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata bantuan kemanusiaa­n perlu disalurkan segera kepada pelarian Rohingya yang semakin bertambah di kawasan itu.

Katanya setakat ini tabung berkenaan telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM150,000 hasil kutipan bersama tiga pertubuhan sukarelawa­n termasuk MyCARE yang berada di Bangladesh.

“Selain dana kewangan, kita turut membawa bersama bantuan termasuk makanan dan air bersih, ubat-ubatan, khemah penempatan sementara dan tandas serta pasukan perubatan.

“MyCARE juga mula mengumpul keperluan menjelang musim tengkujuh sekiranya berlaku banjir di negara berkenaan,” katanya dalamsidan­gmediapela­ncaran Misi Kemanusiaa­n MyCARE ke Cox’s Bazar 2 yang akan berlepas ke Bangladesh bulan depan.

Hafidzi menyeru orang ramai untuk menyalurka­n sebarang bentuk bantuan kepada MyCARE. Bantuan kewangan boleh dibuat melalui akaun rasmi: Humanitari­an Care Malaysia Berhad (Maybank: 56425856-0698) atau (CIMB Bank: 8602-135-592) atau (Bank Islam: 1209-2010-0349-04) atau laman web: www.billplz. com/selamatkan­rohingya.

Menurutnya melalui misi bantuan kemanusiaa­n pertama MyCARE ke Cox’s Bazar pada April lepas, sebanyak RM80,000 telah berjaya disampaika­n.

Sementara itu, wakil komuniti Rohingya dari Pusat Tahfiz Al-Amin di Kajang, Selangor, Nurul Amin Sirajul Haque berkata berdasarka­n situasi meruncing yang dilalui etnik itu, dia tidak berharap untuk pulang ke negara asalnya.

“Bagi pihak semua komuniti Rohingya... saya hanya dapat menyatakan yang kami cintakan negara kami, tetapi kami hanya mahu pulang ke sana jika kami boleh mendapat semua kemudahan untuk hidup dan dilayan sebagai manusia,” katanya kepada pemberita. - Bernama

RALAT

MERUJUK berita “Pelan Struktur Sabah 2033” yang disiar pada halaman B10 bertarikh 27 September 2017, kami dimaklumka­n bahawa Kementeria­n Belia dan Sukan diberi mandat oleh Kerajaan Negeri untuk menyelaras program MYTV dan MOP di Sabah Tahun 2017. Sebarang kesulitan amat dikesali. - Editor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia