Utusan Borneo (Sabah)

29 militan Uighur dihantar pulang Hasil perkongsia­n maklumat dalam biometrik dengan China

-

BEIJING: Hasil perkongsia­n maklumat dalam biometrik dengan China sejak 2011, Malaysia berjaya menahan 29 militan Uighur, yang terbabit dengan kumpulan pengganas Daesh dalam negara, dan mereka dihantar pulang ke China bagi tujuan pendakwaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kejayaan tangkapan itu mendapat pujian tinggi daripada China dan mengukuhka­n lagi kerjasama antara keduadua negara dalam aspek keselamata­n.

“Mereka ditahan setelah masuk ke dalam negara melalui negara-negara jiran menggunaka­n pasport palsu dan maklumat peribadi palsu,” katanya kepada media Malaysia, di sini Rabu.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Duta Besar Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya.

Hasil kejayaan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata dalam pertemuann­ya dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Parti Komunis China, Meng Jianzhu telah memaklumka­n bahawa negara itu bersetuju untuk memberikan beberapa peralatan kepada Pusat Serantau Digital Bagi Memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) seliaan Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata pusat itu berperanan menjejaki dan mengatasi mesej berunsur keganasan termasuk mendapatka­n maklumat mengenai aktiviti pengganas dan individu yang membiayai aktiviti tersebut bagi merancang serangan dalam negara, selatan Filipina dan selatan Thailand.

Ahmad Zahid berkata China juga memuji tindakan proaktif Malaysia dalam menangani jenayah penipuan dan perjudian dalam talian seperti Macau Scam sehingga negara berjaya menahan 416 rakyat republik itu dan telah menghantar mereka pulang dalam tempoh 2014 hingga 2016.

Beliau berkata penipuan itu, yang melibatkan mangsa warganegar­a China dan Malaysia, mencatatka­n kerugian bernilai RMB (Yuan) 500,000 juta.

“Langkah ini diambil kerana jenayah tersebut merosakkan institusi keluarga dan menjejaska­n pendapatan keluarga mangsa,” katanya.

Justeru itu, katanya, kerjasama antara China dan Malaysia akan dipertingk­atkan menerusi Bantuan Undang-undang Bersama (MLA) untuk membolehka­n keduadua negara menghantar pulang warganegar­a yang dikehendak­i atas kesalahan jenayah rentas sempadan. -Bernama

“Mereka ditahan setelah masuk ke dalam negara melalui negara-negara jiran menggunaka­n pasport palsu dan palsu” maklumat peribadi DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (depan tiga, kiri) bersama Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Parti Komunis China Meng Jianzhu (depan dua, kanan) dan Menteri Keselamata­n Awam China Guo Shengkun (depan tiga, kanan)...
TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (depan tiga, kiri) bersama Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Parti Komunis China Meng Jianzhu (depan dua, kanan) dan Menteri Keselamata­n Awam China Guo Shengkun (depan tiga, kanan)...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia