Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia terus suarakan isu penindasan Rohingya di pentas dunia

-

BEIJING: Malaysia akan terus menyuaraka­n isu penindasan etnikRohin­gyadiMyanm­ardan mengajak dunia menyalurka­n bantuan kemanusiaa­n terhadap pelarian etnik berkenaan yang kini berlindung di Bangladesh, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau telah menyuaraka­n pandangan Malaysia itu semasa bertemu dengan Setiausaha Politik dan Hal Ehwal Undang-undang Parti Komunis China, Meng Jianzhu.

“China menyatakan bahawa pihaknya telah menyalurka­n bantuan kemanusiaa­n kepada pelarian Rohingya yang berlindung di Bangladesh berjumlah US$10 juta melalui kerajaan Bangladesh,” katanya kepada wartawan Malaysia, pada hari terakhir lawatan kerja sejak Isnin di sini, pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata memandangk­an China merupakan negara jiran yang bersempada­n dengan Myanmar, Malaysia memohon supaya kerajaan republik itu memainkan peranan konstrukti­f dan diplomatik dalam menangani isu kemanusiaa­n yang semakin meruncing di Rakhine.

Menyentuh peranan INTERPOL, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Malaysia mencadangk­an INTERPOL memberikan bantuan aspek keselamata­n kepada negaranega­ra yang menjadi sasaran jenayah rentas sempadan dan aspek keselamata­n siber.

Beliau berkata antara bantuan yang boleh diberikan ialah seperti latihan berterusan kepada polis di negara-negara sedang membangun dan mudah dibolosi dengan perlakuan jenayah rentas sempadan.

“Ini seperti memperting­katkan kemudahan-kemudahan yang merentasi kemampuan pihak penjenayah terutamany­a daripada segi perkongsia­n biometrik dan perkongsia­n maklumat data besar, (satu keperluan) yang harus ada pada negara-negara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga mahu INTERPOL, yang berfungsi memberikan kerjasama dalam aspek keselamata­n siber dan membantu mengatasi pelbagai jenayah rentas sempadan, terus berperanan sebagai sebuah pertubuhan penting di dunia.

Beliau menyifatka­n INTERPOL, yang dianggotai 158 negara dengan sejumlah 12 juta anggota polis, itu sebagai entiti kedua terbesar selepas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“PBB mempunyai Perhimpuna­n Agungnya dan INTERPOL juga mempunyai Perhimpuna­n Agung yang diadakan setiap tahun dan dihadiri oleh Ketua-ketua Polis Negara serta setiap dua tahun dihadiri oleh Menteri Dalam Negeri,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia