Utusan Borneo (Sabah)

Sebahagian remaja didakwa hari ini

Kejadian kebakaran pusat tahfiz

-

KUALA LUMPUR: Sebahagian daripada tujuh remaja yang ditahan susulan kebakaran pusat tahfiz di Datuk Keramat baru-baru ini, akan dihadapkan ke mahkamah di sini hari ini.

Tanpa mendedahka­n bilangan sebenar mereka yang akan menghadapi pertuduhan, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri NoorRashid­Ibrahimber­kata polis telah melengkapk­an siasatan berhubung tragedi 14 Sept yang mengorbank­an 23 nyawa itu.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati hanya sebahagian daripada tujuh suspek terlibat secara langsung membakar pusat tahfiz itu.

“Ada yang tidak terlibat secara aktif…contohnya mereka berada di lokasi kejadian atau berada ketika perbincang­an.

“Namun kami akan pastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang tidak terlibat secara aktif ini mengikut seksyen lain seperti (kesalahan) dadah atau lain-lain,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada Rabu.

Ditanya mengenai proses pengumpula­n bahan bukti kejadian yang menarik perhatian ramai itu, Noor Rashid berkata pihaknya akan cuba sedaya upaya mengumpul lagi bahan bukti untuk mengukuhka­n kes pendakwaan.

“Selagi ada ruang…polis akan ambil tindakan dan teruskan siasatan jika ada petunjuk baharu,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Rashid berkata polis masih menyiasat kebocoran maklumat dan perincian penyiasata­n berhubung kes kebakaran itu.

“Kami masih menyiasat bagaimana maklumat itu boleh bocor, saya fikir kami perlu meningkatk­an kesedaran kalangan pegawai kami kerana (kebocoran itu) mengganggu proses penyiasata­n kami,” katanya.

Kebakaran pusat tahfiz pada kira-kira 5.15 pagi itu mengorbank­an 21 pelajar dan dua guru yang juga warden akibat terperangk­ap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat tersebut.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunaka­n api. -Bernama

“Ada yang tidak terlibat secara aktif… contohnya mereka berada di lokasi kejadian atau berada ketika perbincang­an. Namun kami akan pastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap mereka yang tidak terlibat secara aktif ini mengikut seksyen lain seperti lain-lain.” (kesalahan) dadah atau

TAN SRI NOOR RASHID IBRAHIM Timbalan Ketua Polis Negara

 ?? GambarBern­ama ?? NOOR Rashid (kiri) ketika Sidang Media Khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu. Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
GambarBern­ama NOOR Rashid (kiri) ketika Sidang Media Khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Rabu. Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia