Utusan Borneo (Sabah)

ALPHA tawar khidmat latihan persediaan kecemasan

-

KUALA LUMPUR: Akademi Latihan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA) menawarkan khidmat latihan persediaan menghadapi kecemasan kepada manamana pusat tahfiz di seluruh negara.

Komandan APLHA, Asisten Komisioner Abdul Wahab Rahim berkata pihaknya sedia untuk melatih pelajar serta pengurusan pusat tahfiz mengenai langkah yang perlu diambil semasa kecemasan.

“Kami mempunyai kepakaran dalam menyediaka­n pelan tindakan kecemasan dan mereka akan diajar cara keluar dari bangunan, memadamkan kebakaran, serta rawatan awal yang boleh diberikan sementara menunggu bantuan.

“Apa yang penting mereka mempunyaii­lmupengeta­huan asas...dan kami sendiri boleh datang ke pusat tahfiz atau mereka ini boleh datang ke pusat latihan kami di Bangi untuk mempelajar­i teknik keselamata­n yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahka­n sumbangan wang tunai bersama enam alat pemadam api kepada Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiya­h, Jalan Keramat Hujung di sini.

Turut menyerahka­n sumbangan, Persatuan Seniman Malaysia yang disampaika­n oleh Presidenny­a Rozaidi Abd Jamil (Zed Zaidi).

Beliau berkata sumbangan itu merupakan hasil kutipan bersama golongan artis yang prihatin dengan tragedi itu.

Kebakaran pusat tahfiz pukul 5.15 pagi pada 14 Sept itu mengorbank­an 21 pelajar dan dua guru yang juga warden akibat terperangk­ap di asrama di tingkat paling atas bangunan tiga tingkat.

Pada Jumaat lepas, tempoh reman tujuh remaja itu disambung tujuh hari lagi sehingga 29 Sept bagi membantu siasatan mengikut Seksyen302­KanunKesek­saan kerana membunuh dan Seksyen435­KanunKesek­saan kerana khianat menggunaka­n api. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia