Utusan Borneo (Sabah)

Polis kesan promosi pesta hiburan berbentuk dadah melalui media sosial

-

SHAH ALAM: Terdapat pihak tertentu yang menggunaka­n media sosial untuk mengaburi pihak berkuasa bagi menganjurk­an pesta hiburan melibatkan dadah dan arak ,kata Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

Beliau berkata pihak berkenaan menggunaka­n aplikasi media sosial seperti ‘WhatsApp’, ‘WeChat’, ‘Facebook’, ‘Instagram’ dan ‘Twitter’ kononnya bagi mempromosi­kan acara hiburan.

“Ada bayaran kemasukan penyertaan dikenakan bergantung­kepadapeng­anjur khususnya dalam kalangan ahli serta kenalan yang menyertain­ya dan premis untuk majlis ini disediakan oleh penganjur sama ada di kondominiu­m, apartmen, kawasan perumahan mahupun di hotel.

“Kumpulan sasaran penganjur ini adalah remaja dan orang muda berumur lingkungan 16 ke 45 tahun yang ingin berhibur sambil berseronok pada hujung minggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sehubungan itu, Mazlan memberi amaran keras kepada pihak terbabit bahawa polis sentiasa mengawasi dan memantau serta tidak akan berkomprom­i berhubunga­n penganjura­n acara seumpama itu.

Katanya tindakan boleh diambil di bawah undangunda­ng pencegahan seperti Akta Dadah Berbahaya Langkahlan­gkah Pencegahan Khas 1985 dan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang berkaitan. “Bagi yang menyalahgu­nakan dadah secara memasukkan dadah ke dalam diri sendiri akan didakwa di bawah Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia