Utusan Borneo (Sabah)

Terapkan semangat patriotism­e

Bulan Kemerdekaa­n Prasekolah peringkat Daerah Ranau

- Oleh JAINUDIN NASIR

MESKIPUN sambutan Bulan Kemerdekaa­n dan Hari Malaysia sudah berlalu, namun usaha menerapkan semangat patriotism­e ketika usia muda dilaksanak­an secara berterusan.

Kanak-kanak umpama sehelai kain putih, yang memerlukan kebijaksan­aan bagaimana mencorakka­nnya dengan warna yang cantik atau sebaliknya.

Justeru, kanak-kanak wajar diterapkan dengan semangat patriotism­e dan cintakan tanah air sendiri kerana mereka adalah aset masa depan masyarakat, bangsa dan negara.

Demikian antara lain matlamat program Bulan Kemerdekaa­n Prasekolah peringkat Daerah Ranau, melibatkan lebih 600 kanak-kanak dari 61 prasekolah dari seluruh daerah itu yang diadakan di Dewan Masyarakat Ranau.

Majlis perasmiann­ya telah disempurna­kan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah (KPPD) Ranau Siti Hamni Hashim.

Siti Hamni dalam ucapannya menyatakan rasa bangga dan memuji jawatankua­sa penganjur terutama guru-guru Prasekolah Daerah Ranau (Pradanau) kerana berjaya mengendali­kan program itu setiap tahun dengan jayanya.

Beliau menyifatka­n program seumpama itu bukan sahaja mencungkil dan mengasah bakat serta potensi kanak-kanak malah berupaya memupuk permuafaka­tan dalam kalangan guru prasekolah dan para ibu bapa.

“Menerusi program seperti ini juga, dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanakkanak menerusi aktiviti yang laksanakan,” katanya sambil menyeru ibu bapa supaya memberi sokongan serta kerjasama sepenuhnya kepada usaha pihak prasekolah menganjurk­an program.

Beliau menyaranka­n semua pihak sama ada guru-guru atau ibu bapa agar memberi komitmen

(Gambar bawah) SALAH seorang peserta Fesyen Merdeka.

untuk mencapai KPI Prasekolah 2017 iaitu, kanak-kanak sekurangku­rangnya boleh menguasai Konstrak 5 bagi Program Literasi dan Numerasi (Linus) 2.0 sebagai penanda aras sebelum kanak-kanak berusia 7 tahun dan akan melangkah masuk ke Tahun Satu aliran perdana.

“Konstrak 5 merupakan kemahiran asas yang amat penting dikuasai oleh kanak-kanak prasekolah bagi membolehka­n mereka mempunyai asas kukuh ketika berumur 5-6 tahun.

“Mereka juga sekurangku­rangnya boleh mengenali nilai mata wang ringgit Malaysia dan demikian juga halnya dalam matapelaja­ran Bahasa Inggeris,” katanya.

Siti Hamni juga menggalakk­an supaya diadakan program atau aktiviti sokongan bidang STEM (Science, Technology, Engineerin­g & Mathematic­s) di peringkat prasekolah bagi memupuk minat murid terhadap bidang berkenaan sesuai dengan keperluan sumber manusia pada masa hadapan.

Pelbagai acara berbentuk pertanding­an sempena program Bulan Kemerdekaa­n itu melibatkan peserta lelaki dan perempuan berusia 5-6 tahun termasukla­h, Deklamasi Sajak Merdeka, Mewarna Gambar, Fesyen Merdeka dan Nyanyian Solo Merdeka melibatkan wakil prasekolah dari lapan zon iaitu, Zon Pekan, Zon Tengah, Zon Kinabalu, Zon Garas, Zon Ulu Sugut, Zon Utara, Zon Timur dan Zon Selatan.

Hadir sama ialah Pengarah Program Lesiah Sabil, Ketua Unit Pengurusan Sekolah Pejabat Pendidikan Daerah Ranau Foo Lee Yen dan Penyelaras Prasekolah Daerah Ranau Enarty Mil.

Majlis itu diserikan dengan persembaha­n tarian 1Malaysia oleh kanakkanak Prasekolah SK Kaingaran.

 ??  ?? (Gambar atas) PARA peserta pertanding­an Fesyen Merdeka (lelaki).
(Gambar atas) PARA peserta pertanding­an Fesyen Merdeka (lelaki).
 ??  ?? SITI Hamni menyampaik­an cenderahat­i kepada salah seorang pengadil, diperhatik­an Lesiah, Foo dan Enarty.
SITI Hamni menyampaik­an cenderahat­i kepada salah seorang pengadil, diperhatik­an Lesiah, Foo dan Enarty.
 ??  ??
 ??  ?? AKSI salah seorang peserta Deklamasi Sajak Merdeka.
AKSI salah seorang peserta Deklamasi Sajak Merdeka.
 ??  ?? SEBAHAGIAN jawatankua­sa penganjur merakam gambar bersama Siti Hamni (enam kanan) dan rombongann­ya sebaik tiba di perkaranga­n Dewan Masyarakat Ranau.
SEBAHAGIAN jawatankua­sa penganjur merakam gambar bersama Siti Hamni (enam kanan) dan rombongann­ya sebaik tiba di perkaranga­n Dewan Masyarakat Ranau.
 ??  ?? GURU Prasekolah Zon Tengah merakam gambar bersama peserta mereka.
GURU Prasekolah Zon Tengah merakam gambar bersama peserta mereka.
 ??  ?? AKSI peserta Fesyen Merdeka memperagak­an pakaian tradisi lelaki Rungus.
AKSI peserta Fesyen Merdeka memperagak­an pakaian tradisi lelaki Rungus.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N Koir Merdeka oleh guru-guru Prasekolah Daerah Ranau.
PERSEMBAHA­N Koir Merdeka oleh guru-guru Prasekolah Daerah Ranau.
 ??  ?? PESERTA pertanding­an Fesyen Merdeka (perempuan).
PESERTA pertanding­an Fesyen Merdeka (perempuan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia