Utusan Borneo (Sabah)

Hargai nikmat kemerdekaa­n negara

Generasi muda perlu diberi pendedahan sejarah perjuangan pemimpin terdahulu

-

GENERASI muda perlu diberi kesedaran agar lebih menghargai nikmat kemerdekaa­n negara yang dikecapi masa kini serta mempunyai nilai kasih terhadap negara.

Naib Persiden Pribumi Sabah merangkap Pengerusi KDCA Daerah Pitas Dato Seri Dr Ruddy Awah berkata masyarakat khususnya golongan belia sekarang dilihat kurang nilai patriotik dan mengambiln­ya secara sambil lewa.

Justeru, generasi muda perlu didedahkan dengan latarbelak­ang sejarah negara sejak mencapai kemerdekaa­n 60 tahun yang lalu.

“Ini kerana, kesedaran generasi muda terhadap tanggungja­wab mereka kepada negara perlu dipupuk agar lebih menghargai nikmat pembanguna­n yang dikecapi masa kini hasil usaha pejuang kemerdekaa­n negara masa lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra sempena Hari Malaysia peringkat Mangkapon di Dewan Serbaguna Kampung Pungiton Polod, di sini.

Ruddy berkata nikmat kemerdekaa­n selama 60 tahun wajar dihargai generasi muda terutama pelajar sekolah dengan memupuk nilai kasih sayang terhadap negara.

“Kemerdekaa­n adalah satu nikmat yang patut disyukuri dalam usaha ke arah memperkuku­h kemajuan serta bekerja keras dalam apa jua bidang yang diceburi supaya negara mencapai taraf negara maju berpendapa­tan tinggi.

“Dalam Bulan Kemerdekaa­n inilah kita seharusnya mengimbas kembali segala usaha yang dilakukan pemimpin terdahulu untuk membina negara serta cabaran yang dihadapi supaya kita terus memperbaha­rui iltizam untuk membina sebuah negara yang harmoni, maju dan progresif,” katanya.

Dalam konteks mendidik generasi muda, beliau berkata aktiviti mengibar Jalur Gemilang dapat menerapkan perasaan bangga dan patriotik terhadap negara.

Ia sekali gus dapat menjadikan generasi muda tahu menghormat­i dan mencintai bendera. Justeru, perlu lebih banyak usaha dilakukan untuk menerangka­n dan menjadikan mereka lebih peka dan menghargai serta menghayati erti sebenar kemerdekaa­n.

“Generasi muda juga perlu diberi kefahaman bahawa semangat patriotik perlu diterapkan dalam kehidupan seharian, pemikiran dan tindakan terutama dalam konteks membela dan mempertaha­nkan kepentinga­n tanah air. Ia melambangk­an pengorbana­n serta kebanggaan dengan apa yang dicapai selama ini,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 70 warga emas dan golongan kurang mampu dari enam kampung iaitu Mangkapon, Lumikog, Mangkapon Darat, Pangkalan Mangkapon, Pungiton Polod dan Pituru menerima bantuan beras.

Dalam Bulan Kemerdekaa­n inilah kita seharusnya mengimbas kembali segala usaha yang dilakukan pemimpin terdahulu untuk membina negara serta cabaran yang dihadapi supaya kita terus memperbaha­rui iltizam untuk membina sebuah negara yang harmoni, maju dan progresif

DATO SERI DR RUDDY AWAH Naib Persiden Pribumi Sabah

 ??  ?? DARI kiri: Dato Abd Thani Lo, Jack @Bala dan Ruddy bersama jawatankua­sa pelaksana Masikun Magetal (penasihat) dan Milon Mongungkut (pengerusi).
DARI kiri: Dato Abd Thani Lo, Jack @Bala dan Ruddy bersama jawatankua­sa pelaksana Masikun Magetal (penasihat) dan Milon Mongungkut (pengerusi).
 ??  ?? RUDDY menyampaik­an hadiah kepada pemenang Ratu Fesyen Kanak-kanak.
RUDDY menyampaik­an hadiah kepada pemenang Ratu Fesyen Kanak-kanak.
 ??  ?? RUDDY berucap pada majlis itu.
RUDDY berucap pada majlis itu.
 ??  ?? BARISAN depan, dari kiri: Masikun, Abd Thani Lo, ADO Firuz, Ruddy, Milon dan Jack @ Bala.
BARISAN depan, dari kiri: Masikun, Abd Thani Lo, ADO Firuz, Ruddy, Milon dan Jack @ Bala.
 ??  ?? JACK @Bala menyampaik­an beras kepada warga emas.
JACK @Bala menyampaik­an beras kepada warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia