Utusan Borneo (Sabah)

Hidro mikro iM S’wak ubah Long Semadoh

-

bingit dari jana kuasa tidak mengganggu tumpuan lelaki ini memeriksa sistem tenaga hidro mikro di bawah projek iM Sarawak yang menjadi nadi membekal tenaga elektrik 24 jam secara percuma, sejak lebih setahun lalu ke Kampung Long Telingan.

Bersama buku log catatan harian di tangannya, Danny Danil teliti memeriksa tekanan air, keadaan turbin, meter serta kotak kuasa dalam keadaan sempurna bagi memastikan kelancaran sistem yang berfungsi apabila air disalurkan menerusi paip ke rumah jana kuasa yang terletak di kaki Gunung Puneng Sugih di kampung itu.

“Ada dua empangan di atas gunung, air dari keduadua empangan ini dialirkan menerusi saluran paip untuk membekalka­n kuasa kepada generator di rumah jana kuasa ini seterusnya menghasilk­an tenaga elektrik berkapasit­i 20 kilowatt untuk kemudahan 24 rumah di kampung ini,” kata pemuda berketurun­an Lun Bawang yang memulakan tugasnya di situ sejak Jun 2016.

Danny, 38, ternyata amat serius memegang amanah sebagai ‘penjaga’ rumah jana kuasa itu apabila menggunaka­n pengalaman bekerja dalam industri minyak dan gas selama sembilan tahun untuk memudahkan­nya mengawal selia operasi sistem tenaga hidro mikro itu.

Selain memastikan operasi sistem itu berjalan lancar setiap hari, seminggu sekali, Danny akan melakukan kerja pembersiha­n seperti memastikan empangan tidak dihalang ranting dan kayu, turbin tidak dimasuki haiwan kecil ataupun pasir serta saluran paip tidak bocor.

“Rumah jana kuasa ini dijaga secara bergilir bersama seorang lagi rakan, Freddy Agong. Hasil tunjuk ajar oleh dua kakitangan Penampang Renewable Energy (rakan projek iM Sarawak) serta pengalaman sendiri, saya cuba sebaik mungkin untuk melaksanak­an amanah yang diberikan.

“Sudah pasti saya amat gembira dan tidak bosan bertindak sebagai ‘penjaga’ rumah jana kuasa ini kerana Long Telingan kini memiliki tenaga elektrik 24 jam secara percuma,” katanya.

Projek iM Sarawak merupakan inisiatif pembanguna­n sosial yang diketuai Majlis Penasihat 1Malaysia Sarawak (1MSAC) untuk membantu meningkatk­an kualiti hidup pelbagai komuniti di seluruh negeri ini, selaras dengan prinsip 1Malaysia.

Dalam pada itu, 1MSAC ditubuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memberikan khidmat nasihat tentang keperluan penduduk Sarawak.

Projek ini melibatkan sistem tenaga hidro mikro di Kampung Long Telingan (24 rumah), Kampung Long Semadoh Rayeh (55 rumah) dan Kampung Bubuk Bui (48 rumah) yang mempunyai kira-kira 700 penduduk.

Kejayaan projek ini memberi manfaat kepada penduduk di tiga kampung yang dapat dicapai kira-kira tiga hingga lima jam perjalanan menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda (4WD) dari Lawas itu untuk mengurangk­an kebergantu­ngan terhadap tenaga elektrik yang dijana menerusi jana kuasa diesel sejak projek disiapkan lebih setahun lalu.

Peniaga runcit Patrick Tony Lakai, 40-an, dari Kampung Long Semadoh Rayeh berkata dengan adanya kemudahan elektrik 24 jam itu, beliau dapat menjana pendapatan lebih tinggi apabila kedai yang diusahakan­nya beroperasi sehingga lewat malam berbanding menggunaka­n generator berkuasa diesel apabila tempoh dihadkan untuk mengurangk­an penggunaan diesel.

“Apabila bekalan elektrik sudah 24 jam, saya beli peti sejuk kerana sudah boleh menjual barangan basah seperti ikan, kepak ayam dan daging.

“Stok barangan basah diperoleh dari Lawas, dahulu perlu ke sana berkali-kali serta membuang banyak masa tetapi kini saya beli stok lebih banyak,” katanya.

LEBIH CERIA

Selain pendapatan bulanan bertambah hingga lapan peratus, bapa kepada tujuh cahaya mata berusia tujuh hingga 17 tahun ini juga melihat sistem mikro hidro itu sebagai pemangkin untuk anak-anak berjaya dalam pelajaran apabila waktu ulang kaji sudah boleh dilakukan pada waktu malam.

“Semua anak-anak saya tinggal di asrama, mereka pulang seminggu sekali sebelum ini, jika pulang mereka habiskan masa dengan melakukan aktiviti riadah seperti memancing dan sebagainya tetapi kini mereka boleh lihat rancangan pendidikan di televisyen dan mengulang kaji pelajaran pada waktu malam,” katanya.

Ketika ini terdapat tujuh inap desa di tiga kampung tersebut, dengan kemudahan bekalan elektrik 24 jam, ia mampu menarik lebih ramai pengunjung.

Rinai Sakai, 64, berkata sejak sistem tenaga hidro mikro beroperasi, beliau sudah membeli peralatan elektrik seperti periuk nasi, mesin basuh, televisyen yang ditempatka­n di inap desa miliknya untuk kemudahan pelawat.

“Dahulu agak susah tetapi dengan adanya elektrik 24 jam ini pelawat yang datang akan menikmati tambah nilai pada percutian mereka antaranya cas telefon dan boleh tengok televisyen,” katanya.

Rinai yang juga mahir menghasilk­an produk kraf tangan tradisi masyarakat Lun Bawang berasaskan rotan dan buluh seperti ‘rinu’ (talam berbentuk bujur), ‘agag’ (talam bulat) dan ‘reng’ (bakul) kini boleh menghasilk­an lebih banyak produk tersebut kerana sudah ada elektrik 24 jam.

“Dahulu kami hanya boleh anyam (hasilkan) produk ini pada waktu siang, waktu malam tidak boleh kerana cahaya lilin tidak begitu terang.

“Untuk hasilkan satu ’rinu’ perlu ambil masa lebih sehari tetapi kini jika proses anyam dibuat siang dan malam, dalam sehari sudah boleh siap,” katanya.Bernama

 ??  ?? RINAI (dua kanan) bersama tiga rakannya yang menghasilk­an produk kraf tangan tradisi masyarakat Lun Bawang kini boleh menghasilk­an lebih banyak produk. — Gambar Bernama
RINAI (dua kanan) bersama tiga rakannya yang menghasilk­an produk kraf tangan tradisi masyarakat Lun Bawang kini boleh menghasilk­an lebih banyak produk. — Gambar Bernama
 ??  ??
 ??  ?? PATRICK (kanan) menunjukka­n peti sejuk yang kini ditempatka­n di kedai runcit miliknya sejak sistem tenaga hidro mikro di bawah projek iM Sarawak membekalka­n elektrik 24 jam secara percuma di Kampung Long Semadoh Rayeh. — Gambar Bernama
PATRICK (kanan) menunjukka­n peti sejuk yang kini ditempatka­n di kedai runcit miliknya sejak sistem tenaga hidro mikro di bawah projek iM Sarawak membekalka­n elektrik 24 jam secara percuma di Kampung Long Semadoh Rayeh. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia