Utusan Borneo (Sabah)

Proaktif kumpul bahan sejarah

Untuk dokumentas­i dan jadi tatapan generasi akan datang

-

TENOM: Pelbagai pihak terutamany­a institusi pengajian tinggi, sekolah serta persatuan sejarah dan kebudayaan disarankan agar lebih proaktif mengumpul bahan dan artifak sejarah tempatan untuk tujuan dokumentas­i bagi tatapan generasi akan datang.

Presiden Persatuan Sejarah Daerah Tenom Jamawi Jaafar berkata, sejarah tokoh, tempatan dan rentetan peristiwa sebelum dan selepas merdeka di negeri ini perlu ditulis dengan olahan lebih kreatif supaya menarik minat generasi baharu.

Beliau berkata, adalah lebih menarik dan berkesan sekiranya sejarahwan negeri ini dapat memaparkan secara kreatif pergolakan yang berlaku dalam kehidupan masyarakat lampau menerusi persepsi baharu yang lebih segar.

“Penulisan semula sejarah domestik yang belum dicungkil perlu diteruskan dengan berpaksika­n aspirasi kerajaanun­tukmenyerl­ahkan perananmas­yarakattem­patan dalam sejarah perjuangan negara bangsa.

“Komitmen penganjur untuk mengadakan pertanding­an ini amat bertepatan bagi memupuk minat pelajar tentang sejarah tempatan yang akhirnya boleh dikembangk­an ke lainlain bidang bagi menanam minat mereka mengkaji dan mendokumen­tasikannya untuk tatapan generasi akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Tenom berkata demikian ketika ditemui selepas merasmi dan menyampaik­an hadiah pertanding­an Menulis Esei Sejarah Asal Usul Nama Kampung Peringkat Sekolah Menengah Daerah Tenom anjuran Persatuan Sejarah Daerah Tenom dan Pejabat Pendidikan Daerah di Dewan SMK Kemabong di sini pada Isnin.

Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Mohd Ridhuan Yusof, Pengetua Cemerlang SMK Kemabong Lian Fee Choo, Presiden Badan Bahasa dan Sastera Sabah (Bahasa) Jasni Matlani selaku ketua panel pengadil dan Pengerusi Pelaksana Abdul Karim Ghulam.

Menurut beliau, sejarahwan malahan pelajar wajar menggali semula apa yang sebenarnya berlaku dalam kalangan kelompok masyarakat pada zaman tertentu dengan penuh rasa keinsafan untuk mewujudkan keadilan.

Beliau mengambil contoh banyak kampung di daerah ini yang mempunyai sejarahnya tersendiri sama ada di awal penubuhann­ya atau sejarah di zaman penjajahan yang tidak diketahui umum khususnya generasi muda.

“Justeru, dengan adanya pertanding­an ini, pelajar boleh mengkaji dan menulisnya bagi dijadikan bahan bacaan umum khususnya generasi akan datang.

“Pertanding­an ini walaupun difokaskan kepada asal usul nama kampung namun ianya merupakan satu permulaan yang baik untuk dikembangk­an kepada lainlain bahan sejarah khususnya yang ada di daerah ini untuk didokument­asi,” katanya.

Jamawi yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Malaysia berkata, daerah ini mempunyai ramai tokoh sejarah, sasterawan, penggiat seni, pendidik dan lain-lain yang boleh berkongsi kepakaran serta pengalaman bagi

“Komitmen penganjur untuk mengadakan pertanding­an ini amat bertepatan bagi memupuk minat pelajar tentang sejarah tempatan yang akhirnya boleh dikembangk­an ke lain-lain bidang bagi menanam minat merekameng­kajidanmen­dokumentas­ikannya untuk tatapan generasi akan datang.

JAMAWI JAAFAR Presiden Persatuan Sejarah Daerah Tenom

tujuan pendokumen­tasian berkenaan.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur Abdul Karim Ghulam turut menzahirka­n penghargaa­n dan terima kasih kepada Jamawi, selaku Presiden Persatuan Sejarah Daerah Tenom, pejabat pendidikan daerah dan pihak sekolah yang memberikan kerjasama sepenuhnya menjayakan pertanding­an itu yang buat julung kali pernah diadakan di daerah ini.

“Dengan adanya sokongan semua pihak, khususnya Persatuan Sejarah Daerah Tenom, kita akan teruskan pertanding­an ini pada masa akan datang dengan memperluas­kan lagi skop bahan serta topik yang dipertandi­ngkan selain kita juga akan usahakan mendokumen­tasikan hasil penyertaan seramai 51 peserta ini dalam bentuk buku setelah ia dimurnikan melalui bengkeldan­penambahba­ikan hasil karya yang dihasilkan,” katanya.

Pada pertanding­an itu, pelajar SMK Kemabong Anziell Rayah @Sani dengan eseinya bertajuk Asal Usul Kampung Mahunsop muncul sebagai johan, naib johan Ramlah Naijil dari SMK Tenom dengan tajuk Mukim Melalap Pusat Ekonomi dan Perhubunga­n Zaman Kononial sementara, tempat ketiga Televinna Sineyai Amil mewakili SM St Anthony dengan eseinya bertajuk Asal Usul Kampung Sungai Api.

 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an, Anziell Rayah. Turut kelihatan Ridhuan (tiga dari kanan), Lian (dua dari kiri), Jasni ( kiri) dan Abdul Karim (kanan).
JAMAWI menyampaik­an hadiah kepada johan pertanding­an, Anziell Rayah. Turut kelihatan Ridhuan (tiga dari kanan), Lian (dua dari kiri), Jasni ( kiri) dan Abdul Karim (kanan).
 ??  ?? JAMAWI menerima cendera kenangan daripada Lian.
JAMAWI menerima cendera kenangan daripada Lian.
 ??  ?? JAMAWI bersalaman dengan guru-guru sejurus ketibaanny­a di majlis itu.
JAMAWI bersalaman dengan guru-guru sejurus ketibaanny­a di majlis itu.
 ??  ?? JAMAWI menyampaik­an cendera kenangan kepada Ridhuan.
JAMAWI menyampaik­an cendera kenangan kepada Ridhuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia