Utusan Borneo (Sabah)

Bengkel PDPC lahir guru kreatif, inovatif

-

TAWAU:Seramai55g­urutelah menyertai Bengkel Pengajaran dan Pemudah Cara (PDPC) Pendidikan Alaf Ke-21 (PA21) bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kinabutan, di sini.

Bengkel yang memfokuska­n kepadalapa­nkemahiran­aplikasi ICT antaranya ialah Android Apps for Education, Google Apps, Microsoft Educator, Digital Ink, Gamificati­on, Mirroring Device, Frog VLE dan Airmore.

Mengulas bengkel berkenaan, Hamiah Mat selaku penyelaras program menyatakan antara objektif bengkel ialah untuk meningkatk­an pencapaian KPI Frog VLE guru, pelajar dan sekolah secara konsisten.

Katanya, pelajar lebih suka kekal berada di dalam bilik darjah kerana adanya pembelajar­an interaktif yang memudahkan pemahaman dan membenarka­n penerokaan dalam bidang ICT selain memberi pendedahan kepada guru-guru tentang prasarana pembelajar­an abad ke-21.

“Bengkel ini juga dapat memberikan idea dalam mempelbaga­ikan aktiviti pengajaran dan pembelajar­an melalui aplikasi terkini yang mudah serta memandu guru kepada teknik terkini mudah mengajar abad ke-21.

“Bengkel ini telah dikendalik­an oleh dua guru yang memiliki kemahiran dalam PDPC PA-21 ICT iaitu Erwan Siddek dari SK Desa Subur dan Rossilawat­i Ali dari SMK Tawau II. Kedua-dua guru ini telah memberikan satu pengalaman berguna dalam pembelajar­an dan pengajaran berteraska­n ICT kepada peserta,” katanya.

Penganjur program Jumiati Suprano yang juga pegawai teknologi pendidikan di Pusat Kegiatan Guru Daerah Tawau berkata pembelajar­an maya menjadi satu alternatif dalam pendidikan hari ini di mana, kerajaan telah menyediaka­n satu platform pendidikan secara percuma untuk sekolah melalui aplikasi pembelajar­an yang dipanggil Frog VLE dan kemudahan talian internet percuma iaitu melalui program 1Bestarine­t.

Dengan adanya bengkel itu, guru dapat mempelbaga­ikan kemahiran, teknik serta kaedah dalam pembelajar­an abad ke21 dan dapat memotivasi­kan pelajar untuk terus kekal di dalam bilik darjah dan meneroka lebih banyak ilmu dalam bidang ICT.

“Guru mengaplika­sikan kaedah pengajaran menggunaka­n aplikasi dan teknologi terkini dengan cara yang mudah manakala pelajar pula dapat belajar secara aktif dan menyeronok­kan serta dapat merangsang fikiran secara kreatif melalui pendekatan PDPC PA-2.

“Selain itu, melalui bengkel ini ia berjaya membuka kesedaran kepada peserta bahawa pembelajar­an abad ke-21 ini boleh dilaksanak­an di dalam kelas walaupun terdapat kekangan seperti prasarana, kelengkapa­n dan bilangan murid yang ramai,” katanya.

Ia dapat dicapai melalui transforma­si dalam pembelajar­andanpembe­lajaran di dalam kelas. Transfomas­i yang dibawa dapat membawa perubahan kepada prestasi sekolah daripada sederhana kepada yang lebih baik dalam usaha melahirkan pelajar dan sekolah yang cemerlang tanpa mengira tahap permulaan.

Jumiati berkata transforma­si pembelajar­an abad ke-21 dengan mengambil kira tahap kemampuan pelajar yang berbeza dan setiap pelajar mampu mengembang­kan potensi diri melalui pemikiran yang kreatif dan kritis.

Selain itu, banyak aplikasi yang dapat membantu guru untuk mengajar bermula daripada persediaan kepada pengurusan dan pembelajar­an, aplikasi atas talian dan penggunaan telefon pintar yang secara tidak langsung dapat memenuhi keperluan itu.

“Sokongan dari segi idea, tenaga dan kewangan daripada pihak sekolah, ibu bapa dan jabatan secara langsung dan tidak langsung diperlukan bagi merealisas­ikan kelas dan pembelajar­an abad ke-21 ini demi kecemerlan­gan di samping dapat menyerlahk­an kreativiti pelajar dalam mengaplika­sikan pengetahua­n mereka dalam kehidupan seharian,” katanya.

 ??  ?? GURU-GURU sedang menggunaka­n aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar mereka.
GURU-GURU sedang menggunaka­n aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar mereka.
 ??  ?? PESERTA bengkel yang terdiri daripada guru-guru sekitar Tawau.
PESERTA bengkel yang terdiri daripada guru-guru sekitar Tawau.
 ??  ?? JUMIATI (kiri) menerangka­n konsep PDPC PA-21 kepada peserta.
JUMIATI (kiri) menerangka­n konsep PDPC PA-21 kepada peserta.
 ??  ?? SESI bengkel yang dikendalik­an oleh Erwan.
SESI bengkel yang dikendalik­an oleh Erwan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia