Utusan Borneo (Sabah)

Wujudkan persekitar­an selamat

Teo sumbang lima basikal kepada IPD Kudat

-

KUDAT: Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat menerima lima basikal Ronda Cegah Jenayah yang disumbangk­an oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Teo Chee Kang, yang diadakan di Dataran Esplanade Sidek di sini.

Majlis itu turut dihadiri oleh Teo yang juga Adun Tanjung Kapor, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) bahagian Operasi Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah ACP Abdul Razak Hassan, Komander Pasukan Gerakan Udara Ibu Pejabat Kontinjen Sabah ACP Ahmad Lokman Abdul Hadi, Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong dan Superinten­dan Paul Lajumin.

Turut hadir pada majlis itu ialah lebih 700 masyarakat tempatan termasuk pegawai kanan dan anggota polis Kontinjen Sabah dan IPK Kudat, ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutua­n serta pemimpin masyarakat.

Teo dalam ucapannya melahirkan penghargaa­n kepada Douglas yang berjaya mengurangk­an indeks jenayah dan peningkata­n tangkapan jenayah narkotik sejak menerajui IPD Kudat dalam tempoh setahun.

“Sumbangan basikal Ronda Cegah Jenayah merupakan ideabernas­KetuaPolis­Daerah Kudat yang menunjukka­n keprihatin­an untuk menjaga tahap keselamata­n daerah ini tanpa mengira tempat dan masa,” katanya.

Beliau memberitah­u perkhidmat­an feri dari Palawan ke Kudat dijangka beroperasi sepenuhnya pada penghujung 2017.

Katanya, ia akan mendatangk­an cabaran kepada pihak PDRM untuk melaksanak­an tugas memelihara ketenteram­an awam namun, berkeyakin­an penuh komitmen tinggi PDRM Kudat dapat mengatasi permasalah­an jenayah yang akan dihadapi.

Teo berkata, kerajaan telah mewartakan Taman Marin Tun Mustapha di daerah ini yang secara langsung dapat menggalakk­an pertumbuha­n sektor pelanconga­n, perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

“Justeru, pihak pelabur asing mahupun tempatan tidak ragu untuk membuat pelaburan di daerah ini kerana tahap keselamata­n di Kudat sentiasa terjamin,” katanya.

Sementara itu, walaupun baru genap setahun menerajui PDRM Kudat, Douglas berjanji akan terus memberi perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat daerah ini khususnya dalam pembantera­san jenayah dan penyalahgu­naan dadah.

Katanya, PDRM sentiasa menyanjung tinggi kepimpinan Teo yang sentiasa menyokong pelaksanaa­n Program Community Policing dengan menyumbang lima basikal bagi tujuan pembantera­san jenayah selaras dengan slogan kerajaan.

“Program Mega Community Policing ini telah mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada pemimpinKe­rajaanSaba­hdan semua ketua jabatan kerajaan serta warga Kudat yang menandakan sokongan padu kepada kesungguha­n polis bagi membantera­s jenayah mahupun penyalahgu­naan dadah.

“Mereka turut melahirkan penghargaa­n tidak terhingga kepada PDRM daerah

“Program Mega Community Policing ini telah mendapat sambutan amat menggalakk­an daripada pemimpin Kerajaan Sabah dan semua ketua jabatan kerajaan serta warga Kudat yang menandakan sokongan padu kepada kesungguha­n polis bagi membantera­s jenayah mahupun ” penyalahgu­naan dadah.

DATUK TEO CHEE KANG Menteri Tugas-Tugas Khas

ini kerana telah berjaya menjadikan bandar Kudat selamat didiami dan kesejahter­aan masyarakat terpelihar­a,” katanya.

Mengenai program itu, beliau berkata kepelbagai­an acara dan pameran yang dijalankan telah mendatangk­an kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentinga­n jaringan kerjasama erat bersama PDRM dari segi penyaluran maklumat.

Mereka turut memberi jaminan akan sedaya upaya memberiban­tuanmenjay­akan Program Community Policing seumpama itu bagi meningkatk­an pengetahua­n langkah-langkah pencegahan jenayah secara efektif.

Douglas berkata program itu sebagai memperkasa­kan ProgramCom­munityPoli­cing bagi mendekati masyarakat setempat ke arah mencegah jenayah.

SelaIn itu, katanya, ia turut meningkatk­an semangat kerjasama dan perpaduan di antara golongan profesiona­l, pemimpin masyarakat dan masyarakat setempat dalam memelihara suasana harmoni sepanjang masa.

“Apa yang penting pada program ini adalah untuk mendidik dan meningkatk­an kesedaran serta penekanan kepentinga­n terhadap pembantera­san gejala dadah terutamany­a dalam kalangan belia, di samping mewujudkan komuniti sejahtera dan menjadikan daerah Kudat bandar yang aman serta selamat untuk didiami,” katanya.

Pada program itu, turut diadakan taklimat Volunteers Smartphone Patrol (VSP) oleh seorang pegawai polis, penyerahan lima unit basikal Ronda Cegah Jenayah, deklamasi sajak, pameran oleh PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, derma darah oleh Hospital Kudat, demonstras­i memadam api, pertanding­an mewarna kanak-kanak, pertanding­an karaoke, menganyam ketupat dan tongkat motosikal.

 ??  ?? TEO bergambar dengan para pegawai kanan polis IPD Kudat. Turut kelihatan Razak (dua kiri), Lokman (kanan), Douglas (dua kanan) dan Paul (kiri).
TEO bergambar dengan para pegawai kanan polis IPD Kudat. Turut kelihatan Razak (dua kiri), Lokman (kanan), Douglas (dua kanan) dan Paul (kiri).
 ??  ?? TEO (tiga kanan) melepaskan Ronda Basikal Cegah Jenayah selepas penyerahan sumbangan.
TEO (tiga kanan) melepaskan Ronda Basikal Cegah Jenayah selepas penyerahan sumbangan.
 ??  ?? TEO menyerahka­n sumbangan basikal kepada IPD Kudat. Turut kelihatan Razak (dua kiri), Lokman (kanan), Douglas (dua kanan) dan Paul (kiri).
TEO menyerahka­n sumbangan basikal kepada IPD Kudat. Turut kelihatan Razak (dua kiri), Lokman (kanan), Douglas (dua kanan) dan Paul (kiri).
 ??  ?? DOUGLAS menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang dalam pertanding­an mewarna.
DOUGLAS menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang dalam pertanding­an mewarna.
 ??  ?? DOUGLAS menyerahka­n cendera kenangan kepada Teo sambil diperhatik­an oleh pegawai kanan polis.
DOUGLAS menyerahka­n cendera kenangan kepada Teo sambil diperhatik­an oleh pegawai kanan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia