Utusan Borneo (Sabah)

SJKC Chi Wen dan SMK Taman Perumahan Bedaun johan Melukis Poster Kesedaran Tibi

-

LABUAN: Murid SJKC Chi Wen Labuan Brittany Goh Yau Xuan muncul johan Pertanding­an Melukis Poster Kesedaran Tibi Sekolahsek­olah Rendah Wilayah Persekutua­n Labuan 2017.

Tiga lagi murid SJKC Chi Wen turut meraih naib johan, tempat ketiga dan saguhati yang masing-masing dimenangi oleh Erica Chin Ming Er, Hii Dai Jia dan Oscar Lim Shen Hui.

Presiden Persatuan Mencegah Penyakit Tibi Labuan(LAPTB)LeeYuChong menyampaik­an hadiah kepada pemenang pertanding­an itu yang dianjurkan pada Selasa.

Turut hadir, Timbalan Presiden Fadilah Ali dan Guru Besar Julius Voo Jiunn Jye.

Manakala bagi kategori sekolah menengah, johan menjadi milik pelajar SMK Taman Perumahan Bedaun, Joan Khoo Li Ling.

Naib johan dan tempat ketiga dimenangi oleh dua pelajar SMK Labuan, Chan Wei Lu dan Elvira Lamid. Manakala saguhati dimenangi Mohammad Hamizan Ag Sulaiman dari SMK Mutiara.

Setiausaha LAPTB Hyginus Lester menyampaik­an hadiah kategori sekolah menengah di sekolah masing-masing.

LAPTB menganjurk­an pertanding­an melukis poster kesedaran Tibi setiap tahun dan terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di Labuan.

Maklumat pertanding­an boleh didapati daripada blog persatuan di alamat laptb. blogspot.com atau Facebook LAPTB Labuan.

Pertanding­an tahun ini yang bertemakan Wilayah Ceria Tanpa Tibi diadakan secara gaya pos sepanjang April dan Mei yang disertai lebih 50 hasil karya.

 ??  ?? LEE(kanan),Fadilah(kiri)dan Julius bersama murid SJKC Chi Wen yang memenangi pertanding­an melukis itu.
LEE(kanan),Fadilah(kiri)dan Julius bersama murid SJKC Chi Wen yang memenangi pertanding­an melukis itu.
 ??  ?? HYGINUS (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Joan.
HYGINUS (kiri) menyampaik­an hadiah kepada Joan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia