Utusan Borneo (Sabah)

Latihan kebakaran diadakan di Rumah Anak Yatim Al-Aman Beaufort

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Satu latihan kebakaran telah diadakan di Rumah Anak Yatim Al-Aman Kampung Bingkul, di sini, pada jam 1.30 pagi Rabu.

Latihan berkenaan membabitka­n seramai 108 penghuni iaitu enam daripadany­a warden asrama Rumah Anak Yatim AlAman, Kampung Bingkul.

Latihan kebakaran (Fire Drill) itu dijalankan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort yang diketuai oleh Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Beaufort, Hasbullah Nenggok.

Hasbullah berkata, walaupun latihan dijalankan sewaktu penghuni sedang nyenyak tidur pada ketika itu, namun kesemua mereka berjaya menyelamat­kan diri ke lokasi yang ditetapkan sebaik sahaja loceng kecemasan dibunyikan.

Katanya, penghuni tidak langsung mengetahui tentang latihan yang diadakan awal subuh itu namun hanya pihak pengurusan sahaja yang mengetahui tentang perkara berkenaan.

Jelasnya, latihan kebakaran itu adalah sebahagian cara untuk mendidik penghuni supaya sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi situasi kecemasan terutama sekali apabila berdepan dengan situasi kebakaran.

“Latihan melibatkan dua jentera iaitu Jentera Water Tender dan sebuah jentera Unit Kecemasan Perkhidmat­an Penyelamat Perubatan (ERMS) dengan kekuatan empat belas anggota termasuk saya sendiri,” katanya.

Selain daripada latihan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah ini juga akan mengadakan ceramah kebombaan dan cara-cara menggunaka­n alat pemadam api mudah alih selain daripada pendidikan langkah-langkah pencegahan.

Di daerah ini, terdapat dua rumah anak yatim iaitu, Rumah Anak Yatim Al-Aman Kampung Bingkul, Beaufort manakala sebuah lagi ialah Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Darul Yatama Yacob Khan di Membakut.

 ??  ?? HASBULLAH
HASBULLAH
 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota yang terlibat dalam latihan kebakaran di Rumah Anak Yatim Al-Aman.
SEBAHAGIAN anggota yang terlibat dalam latihan kebakaran di Rumah Anak Yatim Al-Aman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia