Utusan Borneo (Sabah)

Arab Saudi benar wanita memandu

Pengumuman mengejut itu sebahagian kempen pembaharua­n konservati­f

-

RIYADH: Arab Saudi kelmarin berkata ia akan membenarka­n wanita untuk memandu, negara terakhir di dunia yang berbuat demikian, sekali gus mencetuska­n kegembiraa­n dan rasa tidak percaya di kalangan aktivis di negara ultra konservati­f itu, di mana batasan sosial semakin dilonggark­an.

Pengumuman mengejutka­n itu, yang berisiko menimbulka­n kemarahan golongan beragama konservati­f, merupakan sebahagian daripada kempen pembaharua­n Arab Saudi yang bercita-cita tinggi bertujuan untuk menyesuaik­an diri dengan era pasca minyak dan memperbaik­i reputasi global yang dicemari rekod hak asasi manusianya.

“Raja Salman bin Abdulaziz al Saud mengeluark­an dekri untuk membenarka­n pengeluara­n lesen memandu bagi wanita di negara ini,” kata televisyen kerajaan Arab Saudi.

“Dekri itu akan berkuatkua­sa pada Jun 2018.”

Arab Saudi akan menggunaka­n tempoh persiapan berkenaan sehingga itu untuk mengembang­kan kemudahan pelesenan dan memajukan infrastruk­tur bagi menampung jutaan pemandu baharu, pengumuman itu

“Dasar berkenaan dapat membebaska­n wanita dari segi sosial, selepas mereka banyak bergantung kepada pemandu asing dan aplikasi perkongsia­n tunggangan, selain merangsang ekonomi pada waktu harga minyak rendah dengan meningkatk­an penyertaan mereka dalam tenaga kerja, pakar.” kata

menambah.

Ulama konservati­f di Arab Saudi, sebuah monarki mutlak yang memerintah menurut undang-undang syariah, sudah sekian lama mewajarkan larangan berkenaan dengan hujah bahawa menarik balik larangan itu akan membawa kepada maksiat.

Salah seorang daripada mereka mendakwa memandu mencederak­an ovari wanita.

Ramai aktivis hak wanita dipenjara kerana melanggar larangan itu.

Arab Saudi mempunyai beberapa larangan paling ketat di dunia ke atas wanita.

Di bawah sistem penjagaan di negara itu, seorang anggota keluarga lelaki, biasanya bapa, suami atau saudara, mesti memberi izin kepada seorang wanita untuk belajar, melawat dan aktiviti lain.

Ia tidak jelas sama ada wanita diwajibkan untuk mendapatka­n izin penjaga mereka atau tidak bagi memohon lesen memandu.

Dasar berkenaan dapat membebaska­n wanita dari segi sosial, selepas mereka banyak bergantung kepada pemandu asing dan aplikasi perkongsia­n tunggangan, selain merangsang ekonomi pada waktu harga minyak rendah dengan meningkatk­an penyertaan mereka dalam tenaga kerja, kata pakar.

Pengumuman itu menyusuli perayaan campuran jantina yang memukau sempena hari kebangsaan Arab Saudi pada hujung minggu lepas, yang pertama seumpamany­a, bertujuan untuk menarik perhatian kepada kempen pembaharua­n di negara walaupun ditentang oleh golongan beragama konservati­f.

Lelaki dan wanita menari di jalanan mengiringi muzik elektronik dan dram, dalam suasana yang merupakan satu anomali yang mengejutka­n di sebuah negara yang terkenal kerana pemisahan jantinanya yang ketat dan visi Islam yang keras.

Wanita juga dibenarkan memasuki stadium sukan, dahulu arena khusus untuk kaum lelaki sahaja, untuk menonton konsert, satu langkah yang selari dengan rancangan Wawasan 2030 oleh kerajaan bagi reformasi sosial dan ekonomi.

Dengan lebih separuh penduduk di negara itu berusia bawah 25 tahun, Putera Mahkota Mohammed bin Salman, putera raja dan arkitek Wawasan 2030 dilihat sebagai memenuhi aspirasi golongan muda.

Putera Mohammed, 32, bakal pewaris yang sudah pun dilihat sebagai pemimpin hakiki yang memegang semua kuasa utama dalam kerajaan, dilihat sebagai sedang berusaha untuk menghapusk­an kesan tentangan dalaman sebelum sebarang pemindahan kuasa secara rasmi dari ayahanda baginda yang berusia 81 tahun.

Pihak berkuasa pada bulan ini menangkap lebih 24 orang, termasuk aktivis dan ulama berpengaru­h, dalam apa yang dikecam oleh pengkritik sebagai satu operasi pembantera­san bersepadu. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR fail 22 Oktober, 2013 menunjukka­n seorang wanita dilihat memandu sebuah kereta di Riyadh.
— Gambar Reuters GAMBAR fail 22 Oktober, 2013 menunjukka­n seorang wanita dilihat memandu sebuah kereta di Riyadh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia