Utusan Borneo (Sabah)

Pengumuman Riyadh dipuji

-

RIYADH: Pengumuman mengejut oleh Arab Saudi kelmarin bahawa ia akan membenarka­n wanita untuk memandu, disambut dengan baik oleh ramai pihak, baik di dalam mahupun di luar negara.

Larangan memandu sekian lama dilihat oleh masyarakat antarabang­sa sebagai simbol penindasan wanita di negara Teluk itu dan pemansuhan­nya berlaku selepas tentangan selama bertahun-tahun oleh aktivis wanita.

“Hari yang gemilang. Tidak dapat menahan air mata saya,” tweet ahli majlis shura Arab Saudi, Latifah Alshaalan. “Tahniah kepada kaum wanita di tanah air saya.”

Aktivis Manal al-Sharif, yang mengetuai pergerakan protes ‘Women2Driv­e’ pada 2011, tweet: “Pada hari ini, negara terakhir di bumi yang membenarka­n wanita memandu, kita telah melakukann­ya.”

“Ia adalah kesaksian kepada keberanian aktivis wanita yang berkempen selama bertahun-tahun bahawa Arab Saudi akhirnya berlembut dan memutuskan untuk membenarka­n wanita memandu,” kata badan pemantau hak asasi manusia Amnesty Internatio­nal.

Selepas pengumuman bersejarah kelmarin, hashtag ‘Saya adalah penjaga saya sendiri’ dan ‘Wanita Saudi Dapat Memandu’ semakin tular dalam media sosial, manakala banyak secara terbuka mengkritik golongan konservati­f yang sekian lama menyokong larangan itu.

Seorang wanita Saudi ‘tweet’ gambar tiga wanita dalam kereta tanpa bumbung membeli-belah, dengan mesej: “Inilah kami tidak lama lagi.”

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengalu-alukan keputusan itu sebagai satu langkah positif ke arah mempromosi­kan hak dan peluang wanita di Arab Saudi, menurut Rumah Putih.

Jabatan Negara AS menganggap ia satu langkah yang hebat ke arah yang betul, yang sama dengan kenyataan serupa oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres.

Pengumuman kelmarin dibuat pada waktu yang amat genting bagi Arab Saudi.

Negara minyak utama itu bersaing bagi pengaruh serantau dengan musuh utamanya Iran, buntu dalam campur tangan ketenteraa­n di negara jiran Yaman, dan berbalah dengan satu lagi sekutu AS di rantau Teluk, Qatar. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia