Utusan Borneo (Sabah)

Masjid dibakar di Sweden, lelaki ditahan

-

KANO: Seorang pengebom nekad wanita membunuh lima orang kelmarin apabila dia meletupkan diri dalam sebuah masjid di timur laut Nigeria, dalam serangan terbaharu yang dikaitkan dengan pelampau Boko Haram, kata anggota militia tempatan kepada AFP

Pengebom itu menyerbu masjid tersebut di bandar Dikwa, 90 kilometer dari Maiduguri, sekitar jam 5.00 pagi (waktu tempatan) dan meledakkan bahan letupannya.

“Seorang pengebom wanita menyerang masjid itu pada waktu solat subuh, dan membunuh lima anggota jemaat,” kata Ibrahim Liman, ketua sekumpulan militia tempatan yang berperang bersama tentera Nigeria untuk menentang kumpulan pelampau tersebut.

Tiga anggota jemaat lain cedera dalam serangan itu, katanya, dan menyifatka­nnya sebagai “kerja tangan Boko Haram yang sudah menjadi terkenal bagi serangan sedemikian”.

Seorang lagi anggota militia Umar Ari mengesahka­n laporan Liman.

Askar di bandar berkenaan kemudian memintas seorang lagi pengebom wanita yang meletupkan­diriketika­disuruh berhenti untuk pemeriksaa­n, kata Ari.

Tidak ada orang cedera dalam letupan kedua.

Pasar tempatan ditutup untuk mengelak serangan selanjutny­a manakala askar dan anggota militia memeriksa bandar untuk mencari dua wanita lain yang disyaki pengebom wanita, kata Liman.

Berita mengenai serangan itu lambat muncul disebabkan oleh komunikasi buruk selepas kemusnahan tiang telekom oleh pemberonta­k Boko Haram di wilayah berkenaan.

Pemberonta­kan Boko Haram di timur laut Nigeria sudah mengorbank­an 20,000 orang dan menyebabka­n 2.6 juta hidup dalam pelarian sejak lapan tahun lalu.

Kumpulan pelampau jihad Sunnah itu semakin kerap menggunaka­n pengebom nekad, kebanyakan­nya wanita dan gadis muda, untuk menyerang pos pemeriksaa­n tentera dan sasaran mudah termasuk masjid, sekolah, taman kereta dan kem pelarian.

Pada Februari 2016, sekurang-kurangnya 58 orang maut dan 78 lagi cedera apabila dua pengebom wanita menyerang sebuah kem di Dikwa yang menempatka­n orang yang hilang tempat tinggal angkara keganasan Boko Haram. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia