Utusan Borneo (Sabah)

Masjid dibakar di Sweden, lelaki ditahan

-

STOCKHOLM:PolisSwede­n kelmarin menahan seorang lelaki disyaki mendalangi serangan khianat api yang memusnahka­n sebuah masjid malam sebelumnya di bandar Orebro, 200 kilometer barat Stockholm, yang terkini dalam siri kejadian seumpamany­a sejak beberapa tahun lalu.

“Ketika ini kami tidak melihat motif politik atau agama dalam jenayah ini.

“Kami juga meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” kata ketua polis Orebro Bo Andersson pada sidang akhbar.

Beliau berkata, suspek dilahirkan pada 1997, tetapi enggan mengulas lanjut.

Imej dalam laman Facebook masjid Sunnah itu menunjukka­n sebahagian besar bangunan tersebut hangus dan asap berkepul dari bumbungnya selepas serangan awal Selasa itu.

Masjid tersebut boleh menempatka­n hingga 250 jemaah dan dilawat ribuan pengunjung setiap bulan.

“Hari ini amat menyedihka­n bagi Muslim di Orebro dan juga Sweden.

“Alangkahse­dihnyameli­hat masjid ini musnah,” kata Jamal Lamhamdi, pengarah yayasan masjid, kepada akhbar tempatan Nerikes Allehanda.

Beberapa masjid di Sweden telah menjadi sasaran serangan khianat api dan vandalisme tetapi jarang sekali suspeknya ditangkap.

Masjid Syiah terbesar Sweden di pinggir utara Stockholm musnah dalam serangan serupa pada April.

Selain dibakar dan dirosakkan, beberapa masjid juga dipecah masuk dan simbol Nazi diconteng di dalamnya. — AFP

 ??  ?? KEADAAN di tempat kejadian selepas kebakaran yang memusnahka­n masjid Sunnah di kawasan Vivalla, Orebro kelmarin. — Gambar Reuters
KEADAAN di tempat kejadian selepas kebakaran yang memusnahka­n masjid Sunnah di kawasan Vivalla, Orebro kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia