Utusan Borneo (Sabah)

Hup Seng tawar promosi istimewa hingga 1 Oktober Pelbagai sofa, katil dan tilam, set almari bilik tidur ditawarkan

-

BINTULU: Hup Seng Furniture Showroom menawarkan promosi istimewa pelbagai barangan perabot bermula semalam (27 September) hingga 1 Oktober ini di tingkat satu Times Square Megamall di sini.

Tawaran promosi tersebut dari jam 10 pagi hingga 10 malam adalah pelbagai jenis sofa, katil dan tilam, set almari bilik tidur dan sebagainya.

Kakitangan Hup Seng Furniture, Teresa Joan Lau berkata, antara promosi ditawar ialah tilam ORTHO CARE untuk `Queen Size’ berharga RM1,560 dengan jaminan 12 tahun, set perabot bilik tidur merangkumi almari, meja berhias, meja sisi serta percuma bantal peluk ditawar harga RM3,990 dan Recliner Sofa jenis kulit jenama ANANDE 3 berharga RM3,990.

Selain itu katanya, set meja makan marmar pula ditawarkan dengan harga RM1,990 dan pihaknya menyediaka­n penghantar­an percuma khusus untuk Sarawak sahaja bagi setiap pembelian perabot-perabot tersebut.

Katanya, bagi pelanggan yang ingin membuat pembelian set almari boleh memilih warna dan bentuk disukai serta mengikut cita rasa ditawar pihaknya.

Dalam pada itu, untuk setiap pembelian RM500 atau bayaran penuh pembelian perabot terbabit layak menyertai satu tiket cabutan bertuah oleh pihaknya.

Jelasnya, cabutan bertuah tersebut akan diadakan pada akhir pameran jualan perabot pada 1 Oktober jam 8.30 malam di venue yang sama dan pelanggan yang menyertain­ya boleh datang sendiri atau menghantar wakil.

Hup Seng Furniture Showroom mempunyai tiga cawangan bilik pamerannya di seluruh Sarawak iaitu di Kuching, Sibu dan Miri.

“Untuk setiap pembelian RM500 atau bayaran penuh pembelian perabot terbabit layak menyertai satu tiket cabutan bertuah oleh pihaknya” TERESA JOAN LAU Kakitangan Hup Seng Furniture

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PERABOT dengan tawaran harga promosi di Hup Seng Furniture Showroom di tingkat satu Times Square Megamall Bintulu.
PERABOT dengan tawaran harga promosi di Hup Seng Furniture Showroom di tingkat satu Times Square Megamall Bintulu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia