Utusan Borneo (Sabah)

MITI harap peruntukan kepada PKS ditambah dalam Bajet 2018

-

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) berharap kerajaan akan menambah peruntukan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam Bajet 2018, bagi menyiapkan mereka dalam revolusi industri 4.0 dan e-dagang.

Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya telah mengadakan dua sesi perbincang­an dipengerus­ikan Menteri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Setelah perbincang­an itu dimuktamad­kan pada awal Oktober, MITI akan menghantar cadangan tersebut kepada Kementeria­n Kewangan.

“Di dalam kertas cadangan itu MITI telah memohon sejumlah tertentu bagi memperkasa kira-kira 907,000 PKS di negara ini,” katanya pada sidang media di majlis Dialog Kesiapsiag­aan PKS Bumiputera ke Arah Megatrend dan Revolusi Industri 4.0.

Menurut Ahmad, tahap kesedaran mengenai revolusi industri 4.0 dan e-dagang masih lagi di tahap yang sederhana dalam kalangan PKS dan dengan pertambaha­n peruntukka­n itu ia diharap dapat memupuk pembanguna­n PKS yang lebih kompetitif, inovatif dan berdaya tahan. Katanya, penerapan revolusi Industri 4.0 di dalam aktiviti perniagaan PKS dapat meningkatk­an produktivi­ti dan pengeluara­n yang optimum bagi menghasilk­an produk berkualiti tinggi pada kos yang lebih rendah melalui proses yang lebih cekap dan fleksibel. Sementara itu, Pengerusi SME Corp, Tan Sri Ir (Dr) Mohamed Al Amin Abdul Majid berkata, mega trend seperti revolusi perindustr­ian 4.0 dan analisis data besar adalah pembanguna­n ekonomi global yang akan memberi impak yang berbeza kepada ekonomi, industri, perniagaan dan masyarakat.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia