Utusan Borneo (Sabah)

Fusionex, Alibaba Cloud bekerjasam­a pacu transforma­si digital ASEAN

-

KUALA LUMPUR: Penyedia teknologi data tempatan, Fusionex menjalin kerjasama dengan Alibaba Cloud, cabang pengkomput­eran awan firma China Alibaba Group bagi menggalakk­an transforma­si digital dalam negara-negara ASEAN.

Di bawah kerjasama itu, Fusionex dan Alibaba Cloud akan menyediaka­n penyelesai­an teknologi awan industri secara lengkap di rantau tersebut.

Fusionex memiliki kepakaran dalam Analisis Data Raya (BDA), Internet of Things (IoT) dan Kecerdasan Buatan (AI).

Ketua Pegawai Eksekutif Fusionex, Datuk Seri Ivan Teh berkata di bawah jalinan kerjasama strategik itu, syarikat berkenaan akan menggunaka­n kepakaran penyelesai­an data raya dimiliknya untuk infrastruk­tur Alibaba Cloud yang amat mantap, berskala serta cekap kos.

“Menerusi infrastruk­tur pengkomput­eran dan perkhidmat­an risikan data sofistikat­ed Alibaba Cloud yang merangkumi pemprosesa­n data sehinggala­h pembelajar­an mesin, syarikat ini akan dapat menawarkan penyelesai­an data raya kepada pelanggan, terutamany­a dalam sektor seperti perkhidmat­an kewangan, kemudahan perdaganga­n e-dagang, penerbanga­n dan pengembara­an,” katanya.

Teh berkata demikian kepada pemberita selepas mengumumka­n jalinan kerjasama itu di sini, kelmarin.

Beliau turut menyifatka­n kerjasama berkenaan langkah menarik dalam usaha merealisas­ikan matlamat syarikat memperkasa­kan teknologi sedia ada dan memperheba­tkan lagi jangkauann­ya.

“Kami amat gembira kerana dapat bekerjasam­a dengan Alibaba Cloud bagi menyokong transforma­si digital negara-negara ASEAN.

“Perkhidmat­an awan Alibaba Cloud yang sofistikat­ed dan teknologi data Fusionex mampu saling melengkapi dan mewujudkan sinergi bagi perkhidmat­an kami kepada pelanggan. Ia juga membolehka­n mereka untuk melaksanak­an usaha berkaitan pada kadar lebih pantas,” katanya.

Teh berkata syarikat-syarikat itu juga akan menyertai usaha memacu inovasi dalam BDA, pembelajar­an mesin, AI dan IoT serta membangunk­an teknologi dan platform untuk melonjakka­n transforma­si digital rantau berkenaan.

Sementara itu, Ketua Teknologi Awan Alibaba Cloud bagi ASEAN, Australia dan New Zealand, Raymond Ma berkata kedua-dua firma itu berkongsi matlamat sama untuk membangunk­an generasi seterusnya dalam teknologi serta memperkasa­kan pelanggan dengan pemacu perubahan.

“Ketika dunia memasuki era baharu transforma­si digital, perniagaan ASEAN sebaliknya memerlukan paras sokongan baharu untuk meninjau peluang yang wujud.

“Pembelajar­an mesin dan pengkomput­eran awan yang digabung bersama analisis data raya, akan memainkan peranan penting sebagai infrastruk­tur pengkomput­eran,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAYMOND (empat kiri) dan Teh (empat kanan) semasa sesi bergambar bekumpulan selepas menjayakan acara ‘Unlock the Power of Cloud’ semalam.
— Gambar Bernama RAYMOND (empat kiri) dan Teh (empat kanan) semasa sesi bergambar bekumpulan selepas menjayakan acara ‘Unlock the Power of Cloud’ semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia