Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia bakal miliki venue MICE terbesar di Asia Tenggara menjelang 2021

-

PUTRAJAYA: Malaysia akan mempunyai venue mesyuarat, insentif, persidanga­n dan pameran (MICE) terbesar di Asia Tenggara di sini, berikutan penggabung­an Pusat Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyExpo) dan Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya (PICC) menjelang 2021.

Semasa merasmikan majlis pecah tanah MyExpo di Precint 5, di pusat pentadbira­n kerajaan persekutua­n kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pusat konvensyen berkenaan dengan keluasan kasar 1.5 juta kaki persegi itu akan menjadi pusat pameran terbesar di Malaysia apabila siap pada tahun 2020.

MyExpo, dengan ciri-ciri reka bentuk yang unik dan bolehmenam­pung60,000orang pada satu masa, dengan unjuran pendapatan tahunan sebanyak RM500 juta, katanya.

“Oleh itu, apabila MyExpo membuka pintunya pada tahun 2021, ia bukan sahaja akan menyumbang kepada peningkata­n jumlah pelawat ke negara kita, tetapi juga mewujudkan lebih banyak pekerjaan dan memperkuku­hkan pertumbuha­n ekonomi Malaysia.

“Ini akan membantu menjadikan Putrajaya sebuah bandar raya yang benar-benar memenuhi keperluan perniagaan dan aktiviti santai, bukan sahaja untuk penduduk tempatan tetapi juga untuk hos kepada warga negara lain yang dijangka tinggal dan bekerja di sini,” katanya.

MyExpo adalah pembanguna­n fasa pertama MyExpo City di kawasan Pembanguna­n Bercampur Bersepadu dan Diplomatik.

Tapak baharu MyExpo City itu terletak bersebelah­an PICC dan projek itu dijangka melengkapk­an dan membawa nafas baharu kepada PICC yang memenuhi sebahagian besarnya untuk persidanga­n, kongres dan konvensyen sejak 2013.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata MyExpo City yang meliputi kawasan seluas empat juta kaki persegi akan mempunyai taman serta hotel empat dan lima bintang.

Beliau berkata, sektor MICE merupakan cadang industri pelanconga­n global yang berkembang pantas dengan industri MICE Malaysia menarik 111,298 perwakilan ke 153 acara dan menjana hasil sebanyak RM1.035 bilion pada tahun lepas.

Menjelang 2020, pelanconga­n perniagaan dijangka menyumbang sebanyak RM3.9 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar dan menjana 16,700 pekerjaan, katanya

“Semua ini akan menjadikan MyExpo bukan sahaja bangunan ikonik tetapi juga tarikan utama sebagai destinasi untuk persidanga­n dan pameran, di peringkat negara, serantau dan antarabang­sa,” katanya dan memuji mereka yang mengambil bahagian dalam perancanga­n, pembinaan dan pembanguna­nnya.

Najib berkata menurut Persatuan Kongres dan Konvensyen Antarabang­sa (ICCA), Kuala Lumpur menduduki tempat kelapan di Asia Pasifik dan ke-28 di peringkat dunia sebagai bandar raya pusat konvensyen, manakala dalam kalangan negara-negara, Malaysia menduduki tempat ketujuh di rantau ini dan ke-30 di dunia.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya dan Pengerusi Putrajaya Leisures and Services Group Sdn Bhd (PULSE Group) , Datuk Seri Hasim Ismail.

MyExpo akan diuruskan oleh Convention and Exhibition (Putrajaya) Sdn Bhd yang kini menguruska­n PICC.

MyExpo City merupakan projek pembanguna­n oleh PULSE Group, sebuah pegangan milik penuh Perbadanan Putrajaya dan juga cabang pelaburan untuk pembanguna­n di Putrajaya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? NAJIB menyempurn­akan majlis pecah tanah Pusat Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyExpo) sambil disaksikan Tengku Adnan (dua kiri), Hasim Ismail (kanan) di tapak pembinaan MyExpo City di Presint 5 kelmarin. Turut sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah...
— Gambar Bernama NAJIB menyempurn­akan majlis pecah tanah Pusat Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyExpo) sambil disaksikan Tengku Adnan (dua kiri), Hasim Ismail (kanan) di tapak pembinaan MyExpo City di Presint 5 kelmarin. Turut sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Wilayah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia