Utusan Borneo (Sabah)

Prestasi M’sia terus kukuh, konsisten

Naik dua anak tangga dalam laporan Daya Saing Global 2017-2018

-

KUALA LUMPUR: Malaysia naik dua anak tangga kepada kedudukan ke-23 daripada 137 negara dalam Laporan Daya Saing Global (GCR) 2017-2018 berbanding tahun lepas pada kedudukan ke-25 daripada 138 negara.

Dalam laporan yang dikeluarka­n oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), Malaysia mengatasi Ireland, Qatar dan kekal berada di hadapan ekonomi seperti Korea Selatan, China, Iceland dan Estonia.

Kajian yang menggunaka­n 70 peratus data tinjauan dan 30 peratus ‘hard data’ daripada 137 negara, mengambil kira 12 tonggak daya saing untuk menentukan kedudukan negara.

Secara keseluruha­nnya, Switzerlan­d disenaraik­an sebagai ekonomi paling kompetitif di dunia untuk tahun kesembilan berturut-turut, mengatasi Amerika Syarikat dan Singapura, diikuti Belanda dan Jerman.

Malaysia Productivi­ty Corp (MPC), yang mengeluark­an data tersebut di peringkat tempatan, berkata prestasi Malaysia terus kukuh dan konsisten berikutan ia mengekalka­n pada kedudukan 25 teratas.

“Antara ekonomi pesat membangun di rantau Asia Timur dan Pasifik, Malaysia mengekalka­n kedudukann­ya sebagai yang paling kompetitif dalam peringkat peralihan daripada dipacu kecekapan kepada dipacu inovasi,” kata Ketua Pengarah MPC, Datuk Mohd Razali Hussien, pada sidang media.

Beliau berkata kedudukan lebih baik itu berikutan peningkata­n dari segi skor daripada 10 petunjuk dalam 12 tonggak yang mengukur aspek daya saing ekonomi makro dan mikro.

12 tonggak itu: Institusi, Prasarana, Persekitar­an Makroekono­mi, Kesihatan dan Pendidikan Utama, Pendidikan Tinggi dan Latihan, Kecekapan Pasaran Barangan, Kecekapan Pasaran Buruh, Pembanguna­n Pasaran Kewangan, Kesediaan Teknologi, Saiz Pasaran, Kecanggiha­n Perniagaan dan Inovasi.

“Malaysia mencatat prestasi paling kukuh dalam pembanguna­n pasaran kewangan, diikuti kesihatan dan pendidikan utama, prasarana dan persekitar­an makroekono­mi,” katanya.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, menyambut baik peningkata­n GCR pada tahun ini, menyatakan kedudukan terkini itu mengesahka­n pengukuhan daripada asas makroekono­mi negara dan dasar ekonomi yang berada di landasan yang tepat.

“Eksport kita mencatat prestasi yang baik dan kita terus menerima aliran masuk pelaburan langsung asing yang baik,” katanya.

Beliau berkata negara akan terus mengguna pakai dasar ekonomi yang kukuh selain berharap mencatat prestasi yang baik dari segi kedudukan dengan peningkata­n yang berterusan dalam infrastruk­tur fizikal dan insaniah.

“Daya saing negara hanya boleh dipertingk­atkan jika terdapat tindakan bersepadu oleh kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

Mustapa berkata WEF turut menekankan penanda aras dan pemantauan yang berterusan diperlukan untuk memastikan kerjasama awam-swasta akan menghasilk­an dasar yang lebih berpandang­an ke hadapan bagi kepentinga­n semua pihak.

“Sehubungan itu, kerajaan telah mewujudkan pasukan petugas khas yang dipengerus­ikan oleh Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai wakil daripada beberapa kementeria­n, agensi dan sektor swasta untuk memantau prestasi ekonomi kita berdasarka­n indeks daya saing global untuk menghasilk­an cadangan dasar yang lebih baik,” katanya. “Walaupun penambahba­ikan dialu-alukan, kita tidak boleh melupakan cabaran masa depan.

“Landskap berubah dengan pantas dan kita perlu meningkatk­an usaha kita dalam menggalakk­an kerjasama awam-swasta yang lebih baik dan berada di barisan hadapan trend masa depan termasuk Industri 4.0,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia