Utusan Borneo (Sabah)

Stanchart sifatkan ringgit lebih bernilai bagi wajaran tukaran asing

-

KUALA LUMPUR: Standard Chartered Bank menyenarai­kan ringgit sebagai ‘overweight’ atau lebih bernilai dari segi wajaran tukaran asing (FX) dan menyifatka­n mata wang itu antara yang dinilai lebih rendah bagi pasaran sedang pesat membangun.

Dalam laporan bertajuk ‘Penyelidik­an Global Suku Keempat 2017’, bank berkenaan berkata kedudukan ringgit secara keseluruha­nnya bagi pelabur juga kekal amat kecil.

“Apa yang penting, sentimen ringgit di peringkat dalam negara telah meningkat berbanding dinamik penawaran dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik.

“Kami memberikan penilaian wajaran FX ringgit bagi jangka pendek dan sederhana sebagai ‘overweight’ (lebih bernilai),” kata bank berkenaan.

Menurut Standard Chartered, hasil pulangan FX ringgit di dalam negara juga jauh lebih baik berbanding penurunan dicatatkan pada akhir 2015.

Pada masa sama, deposit mata wang asing di dalam negara pula susut dan ringgit sebaliknya turut mendapat manfaat daripada kaitan kukuh Malaysia dalam rantaian bekalan global susulan jumlah eksport dunia yang memberangs­angkan.

Ringgit amat terjejas pada 2016 apabila mengalami susut nilai sebanyak 4.53 peratus untuk menamatkan tahun itu kepada paras 4.4845/4875 berbanding dolar AS daripada paras 4.2900/2970 pada akhir 2015.

Mata wang itu terjejas akibat kebimbanga­n mengenai berlakunya kemeleseta­n ekonomi global, kejatuhan harga minyak mentah, jangkaan perubahan kadar faedah di AS serta prestasi ekonomi China.

Bagi suku pertama 2017, ringgit telah stabil dan meningkat sebanyak 1.3 peratus berikutan kelemahan ketara dolar akibat ketidakten­tuan hala tuju AS serta implikasi dasar-dasar di negara maju berkenaan.

Momentum itu berterusan pada suku kedua yang menyaksika­n peningkata­n ringgit sebanyak 3.1 peratus bagi tempoh antara April hingga Jun sehingga membolehka­n ringgit muncul sebagai mata wang yang mencatat prestasi terbaik di rantau Asia bagi tempoh tersebut.

Unit Malaysia itu turut mendapat sokongan susulan kelemahan berterusan AS berserta liberalisa­si pasaran bon dan syarat lindung nilai FX yang diumumkan oleh Jawatankua­sa Pasaran Kewangan Bank Negara Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia