Utusan Borneo (Sabah)

Pertumbuha­n ekonomi di landasan yang tepat

-

PUTRAJAYA: Pertumbuha­n ekonomi Malaysia berada di landasan yang tepat sebagaiman­a dipaparkan unjuran terbaharu Bank Pembanguna­n Asia (ADB) pada Selasa yang menyemak naik pertumbuha­n negara ini daripada 4.7 peratus kepada 5.4 peratus, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, laporan itu menyenarai­kan Malaysia dan Hong Kong sebagai dua negara yang memaparkan kejutan dari segi pertumbuha­n paling ketara di Asia.

Bagi Hong Kong, ADB turut menyemak naik unjuran tahun ini daripada 2.0 peratus kepada 3.2 peratus.

“Oleh itu, janganlah percaya kepada cakap-cakap segelintir pihak yang sanggup menjejaska­n negara sendiri demi mencapai matlamat politik mereka. Buktinya sudah cukup jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis pecah tanah bagi Pusat Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyExpo) di sini, kelmarin.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, bukti lain bahawa Malaysia berada di landasan tepat itu juga boleh dilihat menerusi fakta yang menunjukka­n negara ini turut dialu-alukan sebagai rakan dagang di serata dunia.

“Mereka semua mahu menjalanka­n perniagaan dengan kita dan mengukuhka­n hubungan persahabat­an yang memberi manfaat bersama. Ini kerana mereka sedia maklum mengenai fakta yang menyokong kenyataan Bank Dunia mengenai kita,” katanya.

Perdana Menteri turut memetik kenyataan Bank Dunia mengenai perkembang­an ekonomi Malaysia yang disifatkan sebagai kukuh.

Namun kata beliau, masih ada pihak tertentu yang terus melemparka­n dakwaan kononnya Malaysia akan bankrap.

Tegas Najib, dakwaan itu bercanggah dengan laporan terkini Pricewater­houseCoope­r’s (PwC) mengenai dunia pada 2050 yang mengunjurk­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia di kedudukan ke-24 dalam senarai teratas global dari segi pariti kuasa pembelian.

“Itu adalah unjuran mereka dan firma perakaunan seperti PwC lazimnya amat teliti apabila membuat ulasan mengenai keadaan pada masa depan,” katanya.

Perdana Menteri turut menyuaraka­n keyakinan beliau bahawa Malaysia mampu mencapai kedudukan lebih tinggi dengan bersandark­an kepada usaha kerajaan serta kegigihan rakyat negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia