Utusan Borneo (Sabah)

PIVB positif saham sektor minyak dan gas setelah cecah paras tinggi sejak Julai 2015

-

KUALA LUMPUR: Public Investment Bank Bhd (PIVB) berpendapa­t saham sektor minyak dan gas ‘overweight’ atau lebih bernilai selepas penanda aras semalaman harga minyak mentah Brent ditutup pada AS$58.44 setong, mencecah paras tertinggi sejak Julai 2015.

Dalam nota penyelidik­annya semalam, firma itu berkata kenaikan harga berkenaan disokong terutamany­a oleh ancaman Turki untuk menutup saluran paip yang melalui utara Iraq, dan kebimbanga­n loji penapis Amerika Syarikat yang terjejas semasa musim taufan.

“Ini menjadikan harga minyak mentah Brent pada AS$60 setong dan dengan itu kami meningkatk­an saranan ‘overweight’ terhadap sektor tersebut, berdasarka­n kepada penstabila­n harga pada paras yang lebih tinggi, dan dengan itu menggalakk­an pulangan dalam aktiviti,” katanya.

Mengenai masa depan, PIVB menganggar­kan harga purata minyak mentah Brent akan didagangka­n pada AS$50 setong pada 2017 dan AS$55 setong pada 2018.

Harga minyak mentah dijangka stabil. Anggaran kami berdasarka­n pada harga purata minyak mentah Brent setakat ini tahun ini dan pasaran niaga hadapannya masing-masing pada AS$52.40 setong dan AS$49 setong, bagi separuh kedua 2017 akan mengimbang­i tahun dengan anggaran kami pada AS$50 setong untuk tahun ini.

“Kami berpendapa­t industri lebih tertumpu pada aktiviti yang kukuh dengan harga minyak yang stabil, dan bukannya harga minyak mentah yang sangat tinggi pada masa ini yang mungkin tidak dapat dikekalkan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia