Utusan Borneo (Sabah)

Catatan kunjungan ke Kampung Layan

-

BOT sedia menunggu di jeti nelayan itu. Sebaik tiba, kami terus dibawa ke Kampung Layan, Mengkabung, sebuah perkampung­an nelayan yang dihuni kira-kira 38 buah keluarga.

Hari itu 24 September, Ahad. Tidak ada kesibukan yang terlihat kecuali beberapa orang duduk di jeti seperti menunggu sesuatu. Seorang lelaki terpaksa dipimpin sebelum dilarikan ke hospital, khabarnya sakit. Kecuali cuaca yang agak cerah, dan air Kuala Mengkabung yang mengalir seperti biasa, tiada yang membimbang­kan walaupun kami perlu berhati-hati menaiki tangga ke rumah Noredi, kira-kira lima minit kemudian.

Jam 10.00 pagi, lebih sedikit, dan selepas penduduk kampung berdatanga­n, Ismail Yusuf membuka majlis dialog itu. Ismail adalah Setiausaha Agung Persatuan SAMA Sabah (PSS) merangkap Setiausaha Kehormat Gabungan Muafakat Persatuan Etnik Bumiputera Negeri Sabah (MAGEBS),

Kunjungan Setiausaha PSS ke Kampung Layan, antara lain untuk membangkit­kan kesedaran mengenai betapa pentingnya menjaga identiti dan jati diri etnik Sama.

Etnik Sama adalah satu etnik dalam rumpun Bajau. Beliau tidak mahu menggunaka­n nama Bajau kerana baginya, Bajau adalah nama rumpun yang besar, yang di dalamnya terdapat pelbagai sub etnik dan suku.

Tetapi etnik Sama merangkumi masyarakat penutur bahasa Sama yang kebanyakan­nya berada di kawasan Pantai Barat Sabah.

Menurutnya, kini makin lama, etnik Sama makin terancam pupus bahasanya kerana generasi baru khususnya yang berada di kawasan bandar dan pinggir bandar tidak lagi bertutur dalam bahasa ibunda mereka.

Mujurlah generasi baru di Kampung Layan masih boleh `betutur Sama’, kata Ismail yang masih mempunyai kaitan kekeluarga­an dengan masyarakat di kampung itu.

“Keluar sedikit ke Kampung Melalin, Nongkulud, Giling, Rugading, Gayang, ada sudah yang tidak boleh betutur Sama,” katanya.

Gejala ini disebabkan kerana kahwin campur. Misalnya, jika lelaki Sama berkahwin dengan pasangan dari etnik lain, atau sebaliknya wanita dari Etnik Sama tetapi lelaki nya dari suku lain, maka bahasa pertuturan mereka di rumah adalah bahasa Melayu. Anak-anak yang mereka lahirkan juga tidak lagi boleh bercakap bahasa dari sebelah ibu atau sebelah ayahnya.

“Lebih teruk lagi ada pasangan suami isteri dari etnik Sama tetapi tidak bertutur bahasa Sama kepada anakanak mereka,”.

Lama kelamaan bahasa Sama akan pupus jika generasi penerusnya tidak digunakan dan tidak mempelajar­i bahasa Sama, kata Ismail sambil menekankan bahasa adalah jiwa bangsa.

Selain bahasa, pakaian tradisi etnik Sama juga perlu dipulihara. Jika dibandingk­an dengan kaum lain, etnik Sama masih jauh tertinggal dalam soal pakaian tradisi ini.

Terdapat kira-kira 400,000 orang dari etnik Sama, tetapi mungkin tidak sampai 50 orang yang menyimpan baju tradisi di rumahnya. Sungguh memprihati­nkan, kata Ismail, yang walaupun mempunyai banyak gambar lain, sengaja memilih gambarnya berpakaian etnik sebagai tanda komitmen terhadap perjuangan memperkuku­h jati diri bangsa.

Beliau juga menyebut mengenai seni ‘betitik’. Salah satu khazanah yang mungkin hanyut jika tidak diselamatk­an ialah Betitik.

Dahulu kalau orang `betitik’ di Rugading akan kedengaran di Melalin begitu sebaliknya, tapi sekarang payah betul untuk mendengar suara muzik kulintanga­n atau betitik dalam bahasa Sama itu, katanya.

Kita memerlukan pelapis. Tapi kini tidak ramai lagi yang pandai Betitik. Oleh sebab itu, Ismail berkata PSS menubuhkan Akademi Titik Rugading

Kalau tiada lagi orang tua, kepada siapa lagi kita belajar, katanya.

Persatuan Sama Sabah (PSS) di bawah pimpinan Datuk Haji Abdullah Sibil mempunyai perancanga­n untuk memulihara bahasa dan budaya etnik Sama.

Dalam sesi dialog itu, soal budaya ditimbulka­n Md Azizan Osman. Katanya, generasi muda tidak lagi menguasai seni betitik kerana kadar sewanya yang tinggi, Untuk satu majlis sahaja, ia boleh mencecah RM300 atau lebih sekali sewa. Sehubungan itu, Ismail berkata, pihaknya akan menyediaka­n satu set kulintanga­n, dua gendang,dua gong untuk membolehka­n golongan belia mempelajar­i seni Betitik.

Kampung Layan, sebuah perkampung­an yang terletak di Mengkabung, Tuaran. Ia salah sebuah kampung tertua di Pantai Barat Sabah.

Turut dibangkitk­an dalam dialog itu oleh penduduk kampung ialah masalah kemudahan asas.

“Kampung Layan memerlukan bantuan kerajaan agar masyarakat di kampung itu menikmati bekalan elektrik sama seperti kampung lain,” kata seorang penduduk, Magad Iyut.

Katanya, sudah lama penduduk mengidamka­n bekalan ekektrik, tetapi sehingga kini belum ada lagi“Dulu pernah ada tiang didirikan, waktu zaman pak Ghafar (mantan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba) tetapi `karan’nya tiada,” katanya. Generator pula tidak dapat dibekalkan kerana bentuk tanah yang gambut.

Selain masalah bekalan elektrik, penduduk kampung juga terpaksa menggunaka­n sampan setiap pagi dan petang untuk mengangkut air dari kampung seberang kerana tiada bekalan air.

Setiap pagi dan petang, penduduk akan menaiki sampan untuk mengangkut air dari kampung seberang.

Sebenarnya,dahulu penduduk kampung itu, pernah menikmati bekalan air paip. Bekalan air itu menggunaka­n satu `meter’ .Tetapi bila tagihan bilnya melambung hingga RM10,000, penduduk tidak dapat membayarny­a, sehinggala­h bekalan air itu dipotong,

Tetapi itu sudah lama berlalu. Kini penduduk kampung meminta agar bekalan air dapat disambung menggunaka­n meter masing-masing.

Untuk sementara waktu, Ismail menjanjika­n akan berusaha untuk membolehka­n penduduk kampung mendapat bekalan air..

Turut dibangkitk­an ialah masalah rumah dimana tapak rumah sudah dijanjikan sejak 2013 lagi tetapi penduduk diminta terus menunggu.

“Sampai bila kami menunggu, banyak perkara dijanjikan tetapi belum pernah ditunaikan,” katanya.

“Kalau masih lama kami dibuatkan rumah tolong baiki jambatan kami,” kata Magad.Katanya, penduduk kampung sudah memohon tetapi tak kan kami `majal majal’ memaksa-maksa.

“Kalaupun kami belum dapat rumah, tetapi tolonglah perbaiki jambatan kami,” katanya sambil menunjukka­n titian sepanjang kira 200 meter yang bukan saja daif tetapi berbahaya.

Ismail mengaku `reno- reno ataiku’ ketika melihat keadaan jambatan yang digunakan penduduk kampung itu.

“Kalau saya yang pelintipel­inti atau meniti jambatanli­ma minit boleh jadi 50 minit kerana keadaan jambatan yang berbahaya itu.

“Reno ataiku ngenda jambatan.Perlu pinalap,” katanya.Kasihan melihat jambatan itu, yang perlu dibaiki.

Menurut Noredi Sabtu,, jambatan itu baru diperbaiki sedikit ketika anaknya mengadakan majlis khatan dan khatam Quran bari-baru ini.

Kami sendiri yang memperbaik­inya, katanya sambil menambah, ia diperbaiki tanpa peruntukan dari kerajaan.

Satu persoalan yang belum terjawap ialah status tanah kampung Layan itu. Penduduk juga masih tidak

pasti mengenai status perkampung­an itu, sama ada ia terletak di atas tanah kerajaan atau sebaliknya.

“Apa yang pasti kami sudah lama tinggal di sini, iaitu sejak zaman nenek moyang kami, ratusan tahun lamanya,” kata Magad. Sementara itu, Ismail berkata, beliau akan merujuk perkara itu kepada pihak atasan khususnya Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman agar perkara itu diberikan perhatian.

Katanya, sebagai Setiausaha PSS dan atas kapasiti sebagai Setiausaha Kehormat MAGEBS, beliau akan berusaha membawa permasalah­an yang dihadapi rakyat ke pengetahua­n pihak atasan agar mereka dapat pembelaan.

Katanya, berbeza dengan parti politik, hanya Magebs satu wadah yang benarbenar boleh menyatukan rakyat tanpa kepentinga­n politik.

Hanya gabungan etnik boleh menyatukan rakyat, bukan parti. “Kalau parti , hari ini parti A, besok boleh masuk parti B, parti C boleh masuk parti D, rasanya tiada masalah kalau keluar masuk parti, tetapi tetapi seseorang dari etnik Sama tidak boleh keluar etnik Sama untuk masuk ke etnik lain. Kerana dia tetap etnik Sama sepanjang hayatnya.

Menurutnya, hanya Majlis Gabungan Etnik Sabah (MAGEBS) yang boleh menyatukan rakyat Sabah dengan lebih jitu.

Ismail berharap nikmat pembanguna­n boleh dirasai bersama. Kalau orang di seberang malam diterangi lampu tetapi di kampung Layan bergelap. Kalau di sana ada air paip di sini setiap orang `musai’ untuk mengambil bekalan air.

Kenapa berbeza di sana dengan yang di sini. Kenapa rakyat dibezakan. “Kinubit tangan kewanan, pedi tangan gibang, katanya memetik peribahasa Sama yang bermakna cubit tangan kanan, terasa di tangan kiri.

Sebelum pulang, Nurdin Danin membawa kami melihat persekitar­an Kampung Layan.Kami sempat melihat keadaan rumah yang semakin senget, jambatan atau titian yang berbahaya dan penduduk yang masih menunggu ihsan dan mahukan pembelaan.

 ??  ?? PEMANDANGA­N Kampung Layan. AZIZAN NURDIN MAGAD
PEMANDANGA­N Kampung Layan. AZIZAN NURDIN MAGAD
 ??  ?? ISMAIL mengadakan dialog dengan komuniti Sama di Mengkabong.
ISMAIL mengadakan dialog dengan komuniti Sama di Mengkabong.
 ??  ?? BEGINILAH keadaan jambatan yang perlu diperbaiki.
BEGINILAH keadaan jambatan yang perlu diperbaiki.
 ??  ?? SEBUAH perahu melintasi Kampung Layan.
SEBUAH perahu melintasi Kampung Layan.
 ??  ?? PENULIS meniti jambatan di Kampung Layan.
PENULIS meniti jambatan di Kampung Layan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia