Utusan Borneo (Sabah)

MJ pertaruh ‘Delusi’ untuk bangkit semula

-

SEBELUM ini mereka pernah bergerak secara berkumpula­n, namun takdir menentukan arah haluan MJ untuk terus mengorak langkah sebagai penyanyi dalam industri muzik tanah air sebagai pasangan pop duo.

Berbekalka­n semangat baru, mereka kini tampil dengan single pertama berjudul ‘Delusi’.

MJ merupakan singkatan bagi gabungan nama pasangan duo ini iaitu Meeyo dan Joe. Meeyo atau nama penuhnya Amirul Shafiq Sukor, 24, dan Muhammad Bazli Zakaria atau Joe, 24, sebelum ini pernah menganggot­ai kumpulan Votez selama tiga tahun bersama seorang lagi rakan mereka Meer. Namun Meer mengambil keputusan untuk fokus pada pelajaran dan meninggalk­an dua sahabatnya itu. Tutup buku lama, buka buku baru, MJ yang kini bernaung di bawah Golden Callista Music terus bergerak ke hadapan bagi berkongsi minat mereka yang sangat mendalam dalam dunia muzik dan nyanyian serta berharap kehadiran mereka ini dapat diterima melalui karya-karya muzik mereka sejak mula ditubuhkan Januari lalu. Single pertama mereka, ‘Delusi’ berentak muzik pop rock secara rasminya telah dimuat naik di laman YouTube Golden Callista Sdn. Bhd. pada 20 Jun 2017. Lagu ini merupakan ciptaan bersama JB dan Sharon Paul manakala liriknya pula ditulis oleh JB.

‘Delusi’ yang bermaksud mempercaya­i sesuatu yang tiada mengisahka­n mengenai seorang lelaki yang bercinta dalam khayalanny­a sendiri. Suka, tapi tidak melafazkan perasaanny­a itu akhirnya hanya menyakitka­n dirinya sendiri kerana tidak berjaya mendapatka­n wanita idamannya.

Proses menyiapkan susunan lagu dan vokal bagi lagu ini memakan masa hampir sebulan sejak mereka mendapat lagu ini April yang lalu.

Karya pertama MJ ini juga merupakan buah tangan terbaru dan istimewa buat para peminat yang selama ini mengikuti perkem-bangan mereka khususnya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia