Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu ke Kuching, Sibu urus pasport

JIM di Kompleks Persekutua­n Sri Aman mampu keluar dokumen sejam selepas bayaran

-

SRI AMAN: Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Kompleks Persekutua­n Sri Aman, kini mampu mengeluark­an dokumen perjalanan dan pasport antarabang­sa dalam masa satu jam selepas bayaran dibuat.

Ketua Pengarahny­a Datuk Seri Mustafar Ali berkata kini masyarakat di Sri Aman tidak perlu ke Kuching atau Sibu untuk melakukann­ya dan menunggu dikeluarka­n selepas tiga hari bekerja.

“Kebiasaann­ya mereka mengambil masa satu hari perjalanan untuk mendapatka­n pasport di bandar-bandar berkaitan dan ia memakan masa.

“Kini mereka boleh melakukann­ya sejam di pejabat kami di Sri Aman,” katanya berucap pada Majlis Pelancaran Perkhidmat­an Mengeluark­an Pasport dan Perjalanan Antarabang­sa di Kompleks Persekutua­n di sini, pada Selasa.

Beliau menjelaska­n, ia sejajar dengan dasar agenda sebagai penyediape­rkhidmatan­kepada awam dan pejabat berkenaan telah mengeluark­an pasport sejak 12 Julai lepas.

Mustafartu­rutmenguca­pkan tahniah kepada JIM terutama pejabat Sri Aman yang berjaya melakukan perubahan, mengatur strategi baharu dan mengubah strategi gaya penyampaia­n yang menggambar­kan jabatan yang cemerlang.

Beliau mendedahka­n bahawa sejak beroperasi dari 12 Julai hingga 12 September, sejumlah 299 pasport antarabang­sa dikeluarka­n di pejabat Sri Aman.

Dalam pelan transforma­si jabatan mereka, Mustafar berkata ia berdasarka­n pelan landskap sistematik yang holistik dan mempunyai kesinambun­gan.

Beliau berkata ia dilakukan dengan cara demikian untuk menghadapi cabaran dan ujian yang datang.

“Pelan ini secara terperinci bersama dengan pelan tindakan yang konsisten dan terus ditambah di mana fokus utama ialah transforma­si sumber manusia, transforma­si kawalan dan transforma­si operasi.

“Semua ini akan terus dirancang, dilaksanak­an dan dinilaiunt­ukmendapat­kanhasil

“Kini masyarakat di Sri Aman tidak perlu ke Kuching atau Sibu untuk melakukann­ya dan menunggu dikeluarka­n selepas tiga hari bekerja. Kebiasaann­ya mereka mengambil masa satu hari perjalanan untuk mendapatka­n pasport di bandarband­ar ” berkaitan dan ia memakan masa. DATUK SERI MUSTAFAR ALI Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia

dengan impak maksimum,” jelasnya.

Mustafar berkata Jabatan Imigresen akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam penyampaia­n dan perkhidmat­an mereka dan tidak akan berkomprom­i untuk menjaga keamanan dan kedaulatan negara.

Beliau juga memberi amaran kepada mereka yang mengambil pekerja asing dan yang memasuki negara ini secara haram bahawa jabatan akan mengenakan tindakan undang-undang untuk menangkap orang yang melakukan kesalahan.

Beliau turut menyeru masyarakat dan pemimpin masyarakat di Sri Aman menjadi mata dan telinga membantu jabatan dengan melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undangunda­ng imigresen.

 ??  ?? MUSTAFAR (tengah) mengguntin­g reben di pintu masuk pejabat JIM di Kompleks Persekutua­n Sri Aman. Turut kelihatan Ken (dua kiri) serta yang lain.
MUSTAFAR (tengah) mengguntin­g reben di pintu masuk pejabat JIM di Kompleks Persekutua­n Sri Aman. Turut kelihatan Ken (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia