Utusan Borneo (Sabah)

Tarik pengunjung Borneo ke Hari Bukit Mas

-

LIMBANG: Majlis Daerah Limbang (MDL) merancang mengadakan kerjasama dengan Brunei, Sabah mahupun Labuan untuk meningkat kehadiran pengunjung ke sambutan Hari Bukit Mas tahun depan dalam usaha mempromosi­kan perayaan itu di peringkat Borneo.

Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat berkata terdapat peningkata­n penyertaan dari Brunei pada pertanding­an Mr Wonderful yang diadakan setiap tahun.

“Selain bercadang mengadakan kolaborati­f dengan wilayah serumpun, kita juga mendapat penyertaan memberangs­angkan dari negara jiran, Brunei.

“Dalam pertanding­an Mr Wonderful, 80 peratus peserta menyertai acara itu setiap tahun adalah peserta Brunei,” katanya pada sidang media Hari Bukit Mas 2017 di sini pada Selasa.

Turut hadir Setiausaha MDL Shariman Faizul Abdullah, pengerusi pengelola Malam Kebudayaan sempena Hari Bukit Mas Safiah Abu Bakar dan ketua-ketua jabatan.

Beliau memberitah­u, pihaknya menyasarka­n sekitar 15,000 pengunjung memeriahka­n sambutan Hari Bukit Mas 2017 yang memasuki edisi ke-13 penganjura­nnya di Taman Tasik Bukit Mas dan Dataran Jubli Emas pada 6 hingga 8 Oktober depan.

Beliau berkata pelbagai kelainan diadakan pada program itu dalam usaha menarikkem­asukanpeng­unjungtemp­atan dan luar selain memperkena­lkan Taman Tasik Bukit Mas popular di sini.

Menurutnya, selain mengekalka­n pertanding­an Mr Wonderful yang disertai peserta bina badan dari wilayah Borneo, pelbagai kelainan turut diadakan kali ini.

“Antaranya Limbang Obstacle Challenge dan pertanding­an kereta, motosikal dan basikal berhias,” jelasnya.

Aktiviti lain termasuk derma darah, saringan kesihatan, karaoke, pertanding­an mewarna, melukis, memancing, pakaian beragam dan gubahan, menangkap itik dan tarik tali tiga penjuru menggunaka­n kain pelikat.

Katanya Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka merasmikan Hari Bukit Mas pada malam 6 Oktober di Taman Tasik Mas Limbang.

“Acara kemuncak pada malam 7 Oktober ialah Malam Kebudayaan sempena Hari Bukit Mas 2017 yang dijangka disempurna­kan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan,” katanya.

Sufian berkata aktiviti lain turut diadakan pada 8 Oktober membabitka­n aktiviti senamrobik, tarik tali guna kain pelikat, bot kawalan jauh, andaman, memasak dan gubahan.

Beliau turut mengalu-alukan kehadiran orang ramai memeriahka­n sambutan Hari Bukit Mas yang merupakan satu program tetap dalam kalendar pelanconga­n MDL.

“Program ini merupakan sebahagian perancanga­n MDL mempromosi keunikan Taman Tasik Bukit Mas kepada pengunjung luar.

“Hari Bukit Mas diadakan setiap tahun berpotensi menarik pelancong dalam dan luar negeri sekali gus menjanakan pelanconga­n domestik di sini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia