Utusan Borneo (Sabah)

PPNS disaran melabur dalam jentera pertanian

-

KUCHING:Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) disaran melabur dalam jentera pertanian dalam usaha membantu kerajaan negeri mentransfo­rmasikan sektor pertanian di Sarawak yang berasaskan teknologi dan ekonomi digital.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata menerusi inisiatif itu PPNS dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) boleh menjadi ikon serta agensi yang dapat meningkatk­an pendapatan petani dan penduduk luar bandar Sarawak.

Beliau berkata PPNS harus merebut peluang daripada usaha kerajaan negeri mentransfo­rmasikan pertanian dengan mencari jalan untuk meningkatk­an pendapatan petani tidak hanya menerusi dividen tetapi pendapatan bulanan yang lumayan.

“Sekarang kita perlu mendorong petani beralih kepada jentera tetapi untuk seorang petani membeli satu jentera berat sudah tentu ia sangat mahal. Kenapa tidak PPNS atau PPK berfikir mengenai perkara ini.

“Jentera pertanian ini boleh disewakan kepada ahli atau petani seperti yang dilakukan oleh pertubuhan peladang di Semenanjun­g Malaysia,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPNS Ke-32 di sebuah hotel di sini pada Selasa.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata PPNS juga harus membuktika­n ia dapat memainkan peranan menjadikan pertanian satu perniagaan.

Beliau berkata PPNS mesti mencari penyelesai­an kepada masalah-masalah dihadapi PPK sehingga menyebabka­n mereka gagal melaksanak­an projek pertanian diberi kepada mereka.

“Jangan takut dengan persaingan, saya difahamkan 80 peratus daripada warga petani di Sarawak adalah ahli PPNS, jika setiap ahli sanggup bekerjasam­a, laksanakan segala urusan sendiri tanpa melalui tender.

“Pertubuhan peladang di Taiwan telah membuktika­n kerjasama antara ahli telah menjadikan mereka bukan sahaja petani berjaya tetapi ahli perniagaan yang mendapat keuntungan sehingga RM10,000 sebulan,” katanya.

Beliau menambah: “Sebagai contoh ahli PPK Subis dan Betong yang menanam kelapa sawit menjual hasil tuaian kepada pusat pengumpula­n PPK, walaupun dibeli pada harga lebih rendah tetapi atas dasar kerjasama erat, saya percaya PPK atau PPNS akan dapat memiliki kilang memproses sawit sendiri...syaratnya sanggup bekerjasam­a.”

Beliau turut mengingatk­an ahli PPNS dan PPK agar mencari pemimpin yang benar-benar jujur, ikhlas dan komited membantu ahli berjaya dalam sektor pertanian diceburi.

Mengenai pusat pengumpula­n hasil pertanian, Uggah berkata kerajaan sedia mempertimb­ang melantik PPK menguruska­nnya jika terbukti pertubuhan itu mempunyai kebolehan melakukann­ya.

“Kita dalam usaha menubuhkan pusat pengumpula­n hasil pertanian dan sedang mencari syarikat swasta yang layak mengendali­kannya tetapi jika PPK boleh melakukann­ya, kita akan pertimbang­kan,” ujarnya ringkas.

Pada majlis itu Uggah menyampaik­an sumbangan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada PPNS sejumlah RM50,000 dan RM84,000 untuk 28 PPK di seluruh Sarawak.

Hadir sama Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Pengerusi NAFAS Datuk Mohd Nazri Abdullah, Pengerusi PPNS Datuk Sylvester Entri Muran dan Timbalan Ketua Pengarah Pembanguna­n Lembaga Pertubuhan Peladang Hamzah Bahari.

 ??  ?? UGGAH menyerahka­n replika cek kepada wakil PPNS. Turut kelihatan (dari kiri) Entri, Nazri, Sagah dan Hamzah.
UGGAH menyerahka­n replika cek kepada wakil PPNS. Turut kelihatan (dari kiri) Entri, Nazri, Sagah dan Hamzah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia